BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Murid cedera kena objek terbang

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Keadaan Mimi semasa kejadian, Selasa lalu

image.jpg


BALING - Seorang murid sebuah sekolah di sini, menerima 14 jahitan di muka apabila sebuah objek terbang mengenai mukanya ketika dia bersama dua rakannya dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumahnya di padang sekolah, kira-kira jam 1.30 petang Selasa lalu.

Nor Alia Shamimi Muhamad Jefri@Mimi, 10, cedera dan mengalami pendarahan teruk di muka, selain patah tulang hidung setelah objek itu secara tiba-tiba mengenai tepat ke mukanya.

Keadaan itu mengakibatkan anak kedua dari tiga beradik itu hampir pengsan dan terpaksa bertahan pada tiang gol bola sepak, sementara menunggu dua rakannya, Nur Ainul Madiah Mohd Karim, 10, dan Nuraidah Taqifah Samsuri, 10, memaklumkan kejadian itu kepada guru mereka.

“Mimi tak tau nak buat apa, Mimi terus nangis dan jerit panggil ibu. Memang sakit, rasa kebas satu muka. Mimi tinggal sorang diri sebab dua kawan lain lari untuk beritahu kepada guru dan ibu Mimi,” katanya semasa ditemui di rumahnya di Kampung Terbak, Mukim Siong, di sini, semalam.

Selepas beberapa minit menahan kesakitan, Mimi dibawa gurunya ke Hospital Baling seterusnya dihantar ke Hospital Sungai Petani.

Ditanya objek apakah yang mengenai mukanya itu, Mimi berkata, dia tidak tahu kerana terus rebah setelah objek tersebut mengenai mukanya.

“Tapi, kawan cakap, objek itu datang dari traktor mesin rumput kat padang. Mereka nampak objek itu keluar dari tayar traktor dan terus terbang ke arah kami.

“Dua rakan Mimi sempat elak, tapi Mimi tak nampak objek itu, sebab itu objek itu terus kena muka Mimi. Lagipun traktor itu tak berapa jauh dengan kami,” katanya.

Sementara itu, ibunya, Mazlina Md Desa, 40, berkata, doktor memaklumkan kedalaman luka anaknya itu hampir dua sentimeter dan terdapat sedikit retakan di bahagian tempurung kepala.

Menurutnya, anaknya itu akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah dalam beberapa minggu lagi untuk pemeriksaan di kepala.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/murid-cedera-kena-objek-terbang-1.161547
 
mcm dh baca je berita ni td
 
Bahaya kalo kene mata x taulah camne....
 
sepatutnya aktiviti memotong rumput pakai mesin ni buat masa budak-budak dah balik dari sekolah ataupun hujung minggu..sebab mesin ni boleh bahayakan budak-budak dan jugak bising,boleh ganggu sesi pembelajaran dalam kelas...
 
mesti ketol batu nih!!!! nasib tak kena biji mata....klu xmmg nayalah!
 
Back
Top
Log in Register