BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Mumia di atas jalanraya

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,242
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,242
Reaction score
1,659
Points
201
PETALING JAYA – Penduduk Sungai Besar dikejutkan dengan kelibat ‘mumia’ berbalut kain putih yang dilihat berlegar-legar di jalan raya sehingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengguna jalan raya.

Menerusi perkongsian @_uncle_asz di TikTok, lelaki yang berbalut penuh termasuk kepala itu dilihat melintas jalan utama sehingga mengundang reaksi orang ramai.

Lebih menarik, seorang penduduk yang berada berhampiran ‘mumia’ tersebut sempat mengusap dadanya sambil tergelak dipercayai terkejut melihat kejadian ‘aneh’ tersebut.

Hantaran itu meraih perhatian pengguna media sosial yang tidak melepaskan peluang untuk berseloroh di ruangan komen.

“Kasihan abang baju hitam tu, nak terkeluar dah jantung,” kata @imamkuruss_.

“Nak tergelak tengok abang baju hitam tu. Kasihan pun ada. Mesti abang baju hitam tu terkejut, nak luruh dah jantung abang tu,” ujar @CikYanaa.

“Jangan keluar waktu siang abang mumia, nampak pelik. Cuba keluar waktu malam, mesti orang percaya,” usik @BoyyLah.

ARTIKEL KOSMO! ONLINE

#BeritaHarian

6084499367756153614_121.jpg

6084499367756153615_121.jpg

6084499367756153616_121.jpg

 
Lelaki berpakaian mumia ditahan polis, ada masalah mental



20 Januari 2025, 8:19pm

Foto tular
SUNGAI BESAR: Polis telah menahan seorang lelaki berpakaian seperti mumia yang berjalan kaki di Jalan Panchang Bedena menghala ke pekan Sungai Besar, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Robin Guha Thakurta berkata, pihaknya mengesan perbuatan itu berdasarkan video yang tular di laman sosial, kira-kira jam 10 pagi.

“Bertindak atas maklumat, polis menahan individu berusia 25 tahun itu di Parit 6.

“Hasil siasatan mendapati lelaki terbabit mengalami masalah gangguan mental,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Robin berkata, polis kemudian membawa individu itu ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk rawatan lanjut dengan ditemani waris.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai terutama pengguna media sosial supaya terus menghubungi polis untuk menyalurkan maklumat dan tidak menyebarkan kandungan yang boleh mencetuskan kegusaran atau menggugat ketenteraman awam.

Terdahulu, seorang individu yang berjalan kaki dalam keadaan berbalut seperti mumia, menimbulkan tanda tanya kepada penduduk setempat dan pengguna jalan raya, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
 
‘Mumia’ Sungai Besar sudah ditahan, ada masalah mental, kata polis


POLIS mengesahkan telah menahan seorang lelaki yang tular berjalan kaki dengan berpakaian seperti “mumia” di Jalan Panchang Bedena menghala ke pekan Sungai Besar, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Robin Guha Thakurta berkata, pihaknya mengesan kejadian itu kira-kira 10 pagi.

Bertindak atas maklumat, polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun di Parit 6.

“Hasil siasatan mendapati lelaki terbabit mengalami masalah gangguan mental,” katanya dalam satu kenyataan


Katanya, orang ramai terutama pengguna media sosial dinasihatkan supaya terus menghubungi polis untuk menyalurkan maklumat dan tidak menyebarkan kandungan yang boleh mencetuskan kegusaran atau menggugat ketenteraman awam.

Terdahulu, tular video seorang individu berjalan kaki dalam keadaan berbalut seperti mumia dan menimbulkan tanda tanya kepada penduduk setempat serta pengguna jalan raya.

Menerusi video, individu tersebut dilihat berjalan dengan muka yang tidak tertutup di tengah jalan raya tanpa mempedulikan keselamatan sendiri.

Sumber : Utusan TV

6084499367756153736_121.jpg

6084499367756153738_121.jpg


 
Back
Top
Log in Register