BTC USD 63,260.4 Gold USD 4,294.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mumbai paling ramai bilionair

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,471
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,471
Reaction score
1,051
Points
151

Mumbai paling ramai bilionair​

  • Oleh MIR AZRI SHAHARUDIN dan KOSMO!
  • 28 Mac 2024, 8:15 am

Promo-esok.jpg
MUMBAI mempunyai ramai golongan bilionair berbanding dengan Beijing. - Foto AFP

NEW DELHI – Keyakinan terhadap ekonomi India melonjak ke tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini apabila negara itu menyaksikan lonjakan luar biasa dalam bilangan bilionair, menurut Senarai Kaya Global Hurun 2024 seperti dilaporkan Wion News kelmarin.

Ini adalah kerana Mumbai telah mengatasi Beijing, China sebagai ibu negara bilionair Asia sekali gus menandakan perubahan ketara dalam dinamik kekayaan.

Menurut senarai itu, bandar raya di India itu mempunyai 92 bilionair berbanding Beijing yang mencatatkan hanya 91 golongan tersebut.

Mumbai, mengalami lonjakan kekayaan 47 peratus yang mengejutkan sepanjang tahun lalu, berbeza dengan Beijing yang menunjukkan penurunan sebanyak 28 peratus.

India mengatasi China dengan ketara dalam penambahan bilionair dengan 94 bilionair baharu berbanding China yang mempunyai 55 golongan itu sekali gus menggariskan kehebatan ekonomi India yang semakin meningkat.

Pengerusi dan Pengarah Urusan Reliance, Mukesh Ambani mengekalkan kedudukannya sebagai individu terkaya di Asia, menambah AS$33 bilion (RM) kepada kekayaannya, manakala Gautam Adani naik ke tempat ke-15 di seluruh dunia dengan lonjakan kekayaan sebanyak 62 peratus.

Kecerdasan buatan (AI) muncul sebagai pemangkin utama untuk mengumpulkan kekayaan, menyumbang kepada lebih separuh daripada kekayaan baharu yang dijana secara global dengan gergasi teknologi seperti Nvidia membuat kemajuan ketara dalam pasaran.

Amerika Syarikat (AS) mendahului dunia dalam penambahan bilionair, didorong oleh prestasi pasaran saham yang tinggi dengan New York menuntut semula statusnya sebagai Bandar Raya Billionaire Dunia.

China menyaksikan perubahan besar dalam landskap kekayaannya berikutan kemerosotan dalam sektor hartanah walaupun ia masih mempunyai lebih ramai bilionair berbanding AS.

Russia menambah enam bilionair di tengah-tengah berlakunya turun naik mata wang manakala Israel menyaksikan peningkatan sembilan orang golongan itu walaupun konfliknya dengan Hamas di Gaza masih berterusan. – AGENSI

rase dlm tempoh beberapa tahun akan dtg kemungkinan byk brand smartphone dari india muncul... silap2 lagi murah dan padu dari buatan china.. india ni mmg ramai genius AI dan komputer... Vivek... Oppundek...
 
dalam usaha China nak potong US as no 1...

ramai ramal India akan potong China...population India pun akan atasi china dalam tempoh 20 tahun...

China silap pasal polisi satu family satu anak,walaupun ada undang2 ketat pasal check jantina anak, ramai parents sana curi2 scan masa dekat oversea...akhirnya ramai pilih utk lahirkan anak lelaki...gender tak balance dah start dekat china

china akan alami generasi lelaki bujang yg serious dalam dekad akan datang....
 
maybe aspek ekonomi china vs india.. kita tau china ni bakal kongker kuasa asia.. tup3 india lebih dari china yg hebat tu.. tu kot

Tu pun sebab sesetengah billionair Beijing pindah kota atau duk Macau kot.

China ni mmg impian nak top 1 dunia.

USA tu kalau bukan sebab dasar dia, dah lama China top 1
 
india punya ekonomi tengah bagus. begitu juga SEA.

china banyak masalah hutang dan dah lama pegun ekonomi mereka. sbb diorang dulu naik cepat, skrg ni dah takde inovasi utk makin ke depan. so diorang statik je skrg ni.

jadi macam japan. deflasi. dulu maju skrg dah statik.
 
ya utk dalam negera sendiri.. sebb tu china expand biznes ke international conth mcm ecrl.. masyuk klu nilai tender via usd
 
dalam usaha China nak potong US as no 1...

ramai ramal India akan potong China...population India pun akan atasi china dalam tempoh 20 tahun...

China silap pasal polisi satu family satu anak,walaupun ada undang2 ketat pasal check jantina anak, ramai parents sana curi2 scan masa dekat oversea...akhirnya ramai pilih utk lahirkan anak lelaki...gender tak balance dah start dekat china

china akan alami generasi lelaki bujang yg serious dalam dekad akan datang....
Sekaran ni 2024 populasi warganegara India dah melebihi warga negara cina dah bro.
 
Sekaran ni 2024 populasi warganegara India dah melebihi warga negara cina dah bro.

pergilah bangkok & singapore. korang akan jumpa bergerombolan warga mereka di sana sini.

kalau bernasib baik, boleh tengok diorang menari ramai2 di public places mcm filem bollywood. >.<
 
Back
Top
Log in Register