BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mukriz bagi Guan Eng Pening

susah2je

Legendary Member
gem
Messages
19,303
Joined
Aug 19, 2006
Messages
19,303
Reaction score
1,474
Points
191
imagesCA5Y9ZBA.jpg


Rupanya dengan pengambilalihan Negeri Kedah oleh Barisan Nasional telah membuatkan kerajaan negeri itu memperolehi semula hasil yang selama ini tidak pernah dinyatakan oleh pakatan pembangkang.

Dan dengan kehadiran Menteri Besar yang baru juga telah membuatkan Guan Eng jadi bertambah pening kerana perlu membayar caj pengambilan air sebanyak RM 20 juta setahun kepada kerajaan negeri Kedah.

Kenapa selama ini perkara tersebut tidak didedahkan? Apakah selama 5 tahun memegang Kedah dan Pulau Pinang caj ini langsung tidak dikenakan kepada kerajaan Pulau Pinang dan jika benar ianya berjumlah RM 20 juta setahun maka jika dikalikan dengan 5 tahun ianya sudah membabitkan nilai 100 juta.

Banyak perkara dapat dilakukan dengan wang sebanyak itu dan jelas kerana risaukan kedudukan, maka ianya didiamkan.

http://sangkakalajari9.blogspot.com/2013/06/mukriz-bagi-guan-eng-pening.html
 
Tiada lagi percuma , Kerajaan BN Kedah akan tuntut caj air kepada kerajaan P.Pinang

Alor Setar: Kerajaan Kedah tetap akan menuntut bayaran bagi setiap liter air dari Sungai Muda yang dibekalkan kepada Pulau Pinang.

Ia diakui sendiri Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan Negeri, Badrul Hisham Hashim, ketika diminta mengulas isu itu yang sebelum ini didakwa mampu menjana RM20 juta setahun kepada Kedah.
Beliau berkata, tiada sebab bagi kerajaan Kedah untuk menarik balik hasrat terbabit.


Adakan rundingan

Justeru, katanya, kerajaan negeri akan mengadakan rundingan dengan kerajaan Pulau Pinang dalam tempoh terdekat.

Kita akan memperhalusi semula rundingan untuk tujuan itu dalam aspek perundangan dan sejarah. Tambahan pula Pulau Pinang tidak pernah dikenakan sebarang bayaran bagi sumber air yang diperoleh daripada Sungai Muda sebelum ini.

Mudahkan perbincangan

Sebelum itu, kita akan memanggil Lembaga Sumber Air Kedah untuk mendapatkan perincian mengenainya untuk memudahkan perbincangan bersama kerajaan Pulau Pinang, katanya ketika ditemui selepas merasmikan Hari Komuniti Sihat Perpaduan Sejahtera di Taman Setia Jaya di sini, semalam.

Sebelum ini, Kedah menyatakan hasrat untuk mengenakan caj bagi setiap liter air mentah daripada Sungai Muda kepada Pulau Pinang yang dianggar mencecah RM20 juta setahun.

Perkara itu dibangkitkan kerajaan negeri sebelum ini ketika membentangkan Bajet 2013. Bagaimanapun ia menimbulkan pertikaian apabila Pulau Pinang menafikan wujud rundingan sedemikian dan tidak bercadang membayar kepada kerajaan Kedah untuk air Sungai Muda.

Mengulas lanjut, Badrul Hisham berkata, kerajaan negeri tetap akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Pulau Pinang untuk memuktamadkan isu berkenaan dalam masa terdekat.
 
Aku harap MB Kedah dapat menuntut semula seluruh seberang perai.....mesti ada cacat cela dlm perjanjian terdahulu....tuntut tetap tuntut.... Padan muka kau DAP. :D
 
100 juta masih rendah berbanding 250 juta...

hanya lembu yg takkkan faham...
 
Air pun boleh kira bg free kat singapore

Xkan la sesama negeri dlm malaysia nak charge lebih2 plak?

Tapi kalau itu hak kita, wajib kena tuntut.

Bayar atau x belakang cerita.
 
Salam...
statment tak buleh pakai... hahahaha 20 juta setahun dia nak claim... ??? air kat singapore depa jual murah beli balik mahal tak mau pertikaian... belajar tinggi2 tapi kesian.. math seperti F9..
 
Air pun boleh kira bg free kat singapore

Xkan la sesama negeri dlm malaysia nak charge lebih2 plak?

Tapi kalau itu hak kita, wajib kena tuntut.

Bayar atau x belakang cerita.

macam budak budah kan.. ngan singapora bacul
 
Salam...
statment tak buleh pakai... hahahaha 20 juta setahun dia nak claim... ??? air kat singapore depa jual murah beli balik mahal tak mau pertikaian... belajar tinggi2 tapi kesian.. math seperti F9..

Ini cerita negeri Kedah dan Penang brother.. Apa kaitan ngan Singapore dan Johor... tu japgi aku bukak thread pasal tu.. haha :D
 
Back
Top
Log in Register