BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Mujur abang bomba pujuk

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,238
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,238
Reaction score
99
Points
40
1639554188396.png


Kota Kinabalu: Seorang pesakit wanita berjaya dipujuk dan diselamatkan daripada terjun bangunan Hospital Queen Elizabeth II (HQEII), di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa yang berusia 30-an itu dikatakan memanjat keluar tingkap bersebelahan beranda di tingkat tiga bangunan.

Bagaimanapun, kejadian disedari orang ramai dan kakitangan hospital yang kemudiannya menghubungi pasukan bomba untuk mendapatkan bantuan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.16 tengah hari.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan 10 anggota dan pegawai bersama sebuah jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa didapati masih berada di luar tingkap seorang diri.

"Pasukan bomba memujuk dan menenangkan mangsa supaya membatalkan hasratnya terjun bangunan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak hospital dan polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, pasukan bomba kemudiannya melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 2.38 petang.

 
Back
Top
Log in Register