BTC USD 60,762.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muhyiddin: Pembangkang semakin celaru

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
JITRA - Kecelaruan yang semakin ketara dalam kalangan pakatan pembangkang menunjukkan mereka tidak pernah sepakat untuk mencapai penyelesaian dalam sesuatu perkara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan perdana menteri berkata terkini pemimpin-pemimpin pembangkang berebut-rebut mahu menjadi perdana menteri jika mereka menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.

Katanya apa yang berlaku dalam kalangan parti pembangkang begitu berbeza dengan BN yang sentiasa berbincang termasuk dalam soal pembahagian kerusi.

"Pada PRU kali ini, pembangkang banyak berebut kerusi. (Di mana) PKR bertanding, Pas pun nak lawan. Mereka berikan gambaran mereka satu perikatan yang mantap tetapi sebenarnya tak mantap," katanya dalam ucapan semasa menyempurnakan majlis peletakan batu asas cadangan pembinaan Pusat Sukan Parlimen Jerlun di Sanglang dekat sini hari ini.

Katanya Pas mengatakan mereka mahu membentuk negara Islam sedangkan mereka hanya bertanding 70 daripada 222 kerusi Parlimen.

"Ini semua penipuan politik. Hari ini saya baca akhbar Anwar (Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim) dah berangan menjadi perdana menteri walaupun belum mengundi. Takburnya. Anwar dah lama mimpi nak jadi perdana menteri. Dia ni kemaruk kuasa.

Lepas itu Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun nak jadi perdana menteri," katanya. - Bernama
 
PEmbangkang ke BN yang celaru? Cuba tengok calon BN yang keluar parti jadi calon bebas? Apaka jadahnya nii...?? hahahhaa
 
Katanya apa yang berlaku dalam kalangan parti pembangkang begitu berbeza dengan BN yang sentiasa berbincang termasuk dalam soal pembahagian kerusi.

patut 61org dr BN dipecat sbb jd calon bebas.mmg dah bincang la tu.
 
xpyh ambik port la...bace je dh la...bukan kita xthu..dh name pun bn...phm² sudah......:))
 
pak din pon kemaruk gak nk jd PM..tak kan jd timbalan jer..hehhe
 
ayat utk menyedapkan diri sendiri.... sebenarnya dia sendiri dah pasang angan2 utk jd PM lepas ni..... hahahhaaa,,,tp kasi hentam pd PR
 
apa yg keluar dari mulut dia ni, tak da yang berfaedah... next!!!
 
apa ni....belum lg jd pembangkang dah bercelaru
 
Back
Top
Log in Register