BTC USD 76,674.9 Gold USD 4,348.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muhyiddin harap baki pertuduhan turut digugurkan

afwan83

Active+ Member
Messages
3,232
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,232
Reaction score
12
Points
25

Muhyiddin harap baki pertuduhan turut digugurkan​

de812df4-9aef-42f8-be8c-66ce39f0b2b2-Muhyiddin-Yassin-fmt-270826-1.jpg

Muhyiddin Yassin sebelum ini didakwa atas empat pertuduhan menyalahgunakan kuasa untuk memperoleh suapan berjumlah RM232.5 juta dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM200 juta.

Bercakap di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bekas perdana menteri itu berkata beliau sejak awal bertegas tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan berasa lega. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Saya berharap pertuduhan lain juga akan digugurkan,” katanya.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi Noor Ruwena Nurdin membebaskan Muhyiddin daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa selepas Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memohon beliau dilepas tanpa dibebaskan (DNAA).

Tiga pertuduhan pengubahan wang haram itu membabitkan penerimaan RM200 juta daripada Bukhary Equity, manakala pertuduhan salah guna kuasa berkait dakwaan Muhyiddin meminta jumlah sama daripada syarikat berkenaan.

Pendakwaan kini hampir selesai mengemukakan kesnya terhadap Muhyiddin bagi tiga lagi pertuduhan salah guna kuasa berkait program Jana Wibawa.

Dalam kes itu, Muhyiddin didakwa menyalahgunakan kedudukannya untuk meminta suapan berjumlah RM25.3 juta daripada Nepturis Sdn Bhd, Mamfor Sdn Bhd, KCJ Engineering Sdn Bhd serta pengarah urusannya, Azman Yusoff.
 
Back
Top
Log in Register