BTC USD 81,268.8 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mufti minta henti program realiti TV

.. nak berbincg apa lagi.. kalau benda dah nyata haram.. aduhai...nak ketawa la pulak aku

tuh aku kata.. baca buku khatam semua hadis sahih dll tuh..

baru laa ko leh ketawa.. paham.. enuff laa..

ko baca dulu buku tuh semua baru kau pertikaikan balek k..

one more jangan sesekali kau mempertikaikan MUFTI..

tuh jek..

Subhanallah..

Assalamualaikum..
 
... tul tu.... takkan laaa.... benda yang nyata haram.. pempuan melompat2 dengan pakain seksi kena tgk buku jugak.. time belaja dulu.. diorang belaja apa..... kalau nak refer buku.. biar laa benda betul2 rumit.. aduhai..

aduhaii la mat..aku heran la knp kau marah sgt kat mufti tu?? sebab depa kluar kan statement pasal HYIP ni kan?? hehe..lawak la ..terima ajela kenyataan bro...pasal realiti tv ni..kan dah kluar pasal haram...ingat lagi tak cerita pasal carik jodoh kat TV3 tu..pemende nama..aku lupo...kan dah kluar kata haram..yg sureheboh pon sama...jadi yg wujud skrg ni hanya utk mengaut keuntungan sesetengah pihak aje...so biarla dorang tanggung itu dosa...jgn pandai berkata2 bro...siggy tu masih bersepah lagi...ahakss!!
 
hehehe.. aku tau program tu.. program mencari cinta.. yg last2 laki yg mng tu da dpt hadiah.. pompuan tu x jadi menda.. x kawin lagi rasenye smpai skrg..
 
cari menantu? tu plak cmne ek?

program CARI MENANTU itu aku rase patut diteruskn coz byk ilmu agama yg dpt kite perolehi...hmm ye la berkaitan kawin berdasarkan islam..sejak aku menonton 2 aku rase byk2 soalan2 yg juri2 2 tye aku sendiri x leh jwb...hmm 2 kn ilmu...walaupn berbentuk realiti tv tetapi penuh nye ilmu+ adat istiadat melayu.... bagus bagi yg belum mendirikn umah tangga n nk menambah ilmu perkahwinan...:-? :D
 
hehehe.. aku tau program tu.. program mencari cinta.. yg last2 laki yg mng tu da dpt hadiah.. pompuan tu x jadi menda.. x kawin lagi rasenye smpai skrg..

haah 2 la jadinye...laki dpt duit pompuan melopong idung...hehhe...x pe aku ade...:p :))
 
hahah

aduhaii la mat..aku heran la knp kau marah sgt kat mufti tu?? sebab depa kluar kan statement pasal HYIP ni kan?? hehe..lawak la ..terima ajela kenyataan bro...pasal realiti tv ni..kan dah kluar pasal haram...ingat lagi tak cerita pasal carik jodoh kat TV3 tu..pemende nama..aku lupo...kan dah kluar kata haram..yg sureheboh pon sama...jadi yg wujud skrg ni hanya utk mengaut keuntungan sesetengah pihak aje...so biarla dorang tanggung itu dosa...jgn pandai berkata2 bro...siggy tu masih bersepah lagi...ahakss!!

aku tak maah kat mufti.. tapi.. cuba kau fikir sendiri laaa... apa yg betul dan salah
 
Mufti minta henti program realiti TV
Oleh Anwar Hussin (disalin dari bharian.com.my)

Rancangan bertentangan nilai, membazir

KUALA LUMPUR: Beberapa mufti semalam meminta pengendali stesen televisyen tempatan menghentikan program hiburan berbentuk realiti kerana ia boleh melalaikan masyarakat sehingga lupa tanggungjawab akibat terlalu leka dibuai keseronokan.

Mereka sependapat program hiburan berbentuk realiti televisyen bertentangan dengan nilai dan hukum agama dan menggalak rakyat membazir, selain menjurus ke arah berlakunya maksiat.

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata kebanjiran program realiti televisyen di negara ini sampai ke peringkat melalaikan masyarakat, hingga ramai tidak menghiraukan tanggungjawab masing-masing.

“Kita dapat lihat kesan negatifnya sekarang apabila 4.9 juta rakyat yang layak mengundi, tidak berdaftar sebagai pemilih. Mereka lupa tanggungjawab mendaftar sebagai pemilih tetapi tidak lupa mengundi untuk program realiti televisyen,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Mohd Asri berkata, program realiti televisyen berbentuk hiburan jelas boleh membawa kealpaan kepada masyarakat dan jika tidak dibendung atau dikawal segera, boleh membawa kesan buruk kepada negara.

“Program realiti televisyen yang sentiasa mengheret masyarakat, terutama generasi muda hanyut dalam keseronokan, akan menghalang hasrat murni kerajaan untuk melahirkan rakyat berakhlak dan bernilai murni,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan berkata, kerajaan memandang serius kemunculan program realiti televisyen yang berbentuk hiburan kerana ia dikhuatiri mengancam nilai murni masyarakat Timur serta meruntuhkan akhlak.

Najib meminta pengusaha stesen televisyen tempatan tidak mengikut budaya Barat secara membuta tuli dan terlalu terdorong oleh pertimbangan komersial serta pasaran hingga mengabaikan etika atau moral.

Sementara itu, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata program realiti televisyen bukan budaya Islam kerana ia bertentangan dengan hukum seperti menggalakkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita di khalayak ramai.

“Selepas 50 tahun merdeka, masyarakat kita sepatutnya sudah berjaya meraih pelbagai pencapaian lebih tinggi tetapi kita masih dikenali sebagai masyarakat nombor satu dalam hiburan, dadah dan lepak.

“Kita perlu fikir perkara seperti ini dengan lebih serius,” katanya yang mahu pengusaha stesen televisyen lebih peka terhadap usaha mewujudkan masyarakat berilmu dan mengamalkan nilai murni dengan mengajak mereka kembali ke pangkal jalan.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahab, berkata program realiti televisyen jelas melalaikan anak muda terutama pada peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) dengan hiburan berlebihan.

“Agama tidak menghalang kita berhibur tetapi biarlah yang menjurus ke arah menerapkan unsur positif seperti memberi galakan kepada jati diri, kecemerlangan hidup dan bukannya memenuhi tuntutan hawa nafsu semata-mata,” katanya.

“Malangnya, kebanyakan program realiti diketengahkan stesen televisyen tempatan hari ini tidak sihat kerana lebih membawa kepada maksiat, kelalaian terhadap Tuhan, agama dan diri sendiri,” katanya.

MASA MUFTI KUAR FATWA HYIP NI HARAM,MENGELUPUR METRO, TV3 N D GENG KUAR KAN STATEMENT N LAPORAN KHAS NAK BG TAU PUBLIC YG HYIP NI HARAM. TP BILE TANG PROGRAM REALITI YG BODO MUFTI KATE HARAM, TAK LAK KUAR LAPORAN2 APE2 EIK.
 
itulah yg dinamakn politik oh politik.. bile politik diasingkn dgn agama.. beginilah jadinye..
 
Back
Top
Log in Register