BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muflis muda

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,416
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,416
Reaction score
257
Points
81
Ramai eksekutif terjerat godaan kad kredit untuk hidup mewah

KUALA LUMPUR: Seramai 38,357 individu berusia 25 hingga 44 tahun diisytiharkan muflis di seluruh negara dalam tempoh 65 bulan sehingga Mei lalu, trend yang amat membimbangkan kerana status itu boleh menjejaskan masa depan golongan muda.
Ini bermakna 41 orang bankrap setiap hari yang antaranya berpunca daripada kegagalan menyelesaikan pinjaman sewa beli kenderaan, tidak dapat mengawal penggunaan kad kredit hingga banyak hutang tertunggak selain pinjaman peribadi.
Kebanyakan pemegang kad kredit di kalangan golongan muda menggunakan kemudahan itu untuk berbelanja barangan tidak penting, mewah serta mengeluarkan wang tunai untuk perbelanjaan harian.

Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, berkata dalam tempoh itu, 80,348 kes direkodkan muflis membabitkan semua golongan. Ini bermakna 41 orang muflis setiap hari.

“Sepanjang tempoh itu, golongan berusia 35 hingga 44 tahun paling ramai diisytiharkan bankrap.

“Golongan pertengahan umur (35 hingga 44 tahun) mencatatkan 25,229 kes atau 31.4 peratus kes diikuti golongan 45 hingga 54 tahun dengan 21,051 kes (26.2 peratus), golongan berusia 25 hingga 34 tahun (13,128 kes atau 16.34 peratus) dan 55 tahun ke atas 9,722 atau 12.1 peratus),” katanya kepada Berita Harian.
Beliau berkata, daripada 80,348 kes muflis itu, kes pinjaman sewa beli kenderaan mencatatkan 19,380 kes atau 24.12 peratus daripada keseluruhan kes. Ini bermakna, setiap hari ada 10 pembeli kenderaan diisytiharkan muflis kerana gagal menjelaskan hutang dan keseluruhannya 41 individu diisytiharkan bankrap.

Jumlah itu diikuti faktor kegagalan menyelesaikan pinjaman peribadi dengan 9,464 kes (11.78 peratus), pinjaman perniagaan dengan 8,786 (10.93 peratus), pinjaman perumahan (6,022 kes atau 7.49 peratus) dan hutang kad kredit (4,417 kes atau 5.5 peratus).

Faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan jumlah itu ialah hutang cukai pendapatan (882 kes), penjamin korporat (4,291 kes), penjamin sosial (3,726), biasiswa atau pinjaman pelajaran (147) dan lain-lain faktor (23,333 kes).

Jika diambil kira jumlah tidak direkodkan iaitu merujuk kepada kes yang dilaporkan sebelum 2005, jumlah sebenar kes bankrap adalah 217,577 kes.

Abdul Karim turut mengakui kebanyakan kes muflis membabitkan golongan muda adalah berkaitan penggunaan kad kredit tidak terkawal dan gagal membayar balik hutang dalam tempoh ditetapkan berbanding kes golongan lebih berusia yang majoritinya berkaitan soal pinjaman perumahan, kenderaan dan perniagaan.

Bagaimanapun, katanya, mereka yang sudah diisytiharkan muflis masih berpeluang membuat rayuan termasuk berunding dan merayu tindakan itu tidak diteruskan serta membuat perkiraan bagaimana hutang boleh dijelaskan sekiranya kes petisyen kebankrapan belum difailkan ke mahkamah.

Berdasarkan jumlah aduan diterima, masalah berkaitan pinjaman peribadi didapati meningkat dengan ketara bermula dengan 1,487 kes pada 2005, menurun kepada 961 kes (2006) tetapi meningkat semula kepada 1,425 kes (2007), 1,506 kes (2008) dan 2,806 kes pada 2009.

Mengikut Akta Kebankrapan 1967, ada tiga cara bagaimana mereka boleh melepaskan diri daripada status muflis iaitu melalui pembatalan perintah penghukuman; pelepasan dengan perintah mahkamah dan pelepasan melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi.

Mengulas situasi itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhamad Sha’ani Abdullah menyifatkan ia suatu yang membimbangkan kerana status muflis itu sendiri dianggap menutup masa depan mereka.

“Ada pengadu yang datang ke FOMCA mengakui terlebih berbelanja, sanggup berhutang semata-mata mahu hidup gaya mewah,” katanya.

“Mereka sanggup beli set teater rumah yang mewah, aksesori kereta mahal, televisyen canggih sedangkan itu tidak begitu penting berbanding keperluan asas lain. Lebih banyak berhabis duit membeli rumah,” katanya
 
mereka rakus mencanang hidup....tak ingat masa depan yg serba mungkin!
itulah akibatnya.....
 
mano tak nyo,hidup kek mesia ni semuo bondo mahal,dengan gaji yang ciput tak seiring dongan sijil sijil dimiliki.nak terus hidup terpakso la guno kedit kad dan dll.
 
kena sentiasa bijak semasa belanja dgn kad kredit.
 
kene kurangkan berbelanja perkara2 yang tak perlu da...
 
aku nie ader aset dekat 200k... anak bru sorg,
tp masih ragu2 nak berhutang amik lancer GT. #:-S

tp mmbe aku kje operator kilang leh brani
amik civic bru plak
 
Back
Top
Log in Register