BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MSSB Nafi Terminal Melaka Sentral Beroperasi Tanpa Penyaman Udara Lebih Tiga Bulan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,699
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,699
Reaction score
97
Points
80

MSSB Nafi Terminal Melaka Sentral Beroperasi Tanpa Penyaman Udara Lebih Tiga Bulan​

1a8b7e9e070559abf5cebe75c07ca2056a853abc562f6


Melaka Sentral Sdn Bhd (MSSB) menafikan dakwaan Terminal Melaka Sentral beroperasi tanpa sistem penyaman udara selama lebih tiga bulan seperti yang tular menerusi media sosial, baru-baru ini.

Pengurus Besar Melaka Sentral Zulhafni Md Rahis berkata berdasarkan rekod serta pemantauan yang dilaksanakan pihaknya, suhu penyaman udara dalam bangunan terminal itu berada pada tahap terkawal.

Beliau berkata MSSB juga sentiasa menjalankan pemantauan dan penyelenggaraan terhadap sistem penyaman udara di Terminal Melaka Sentral bagi memastikan keselesaan pengunjung serta kelancaran operasi terminal itu.

"MSSB sentiasa terbuka terhadap sebarang aduan atau maklum balas daripada peniaga dan pengunjung berhubung aspek keselesaan serta kemudahan di Terminal Melaka Sentral.

"Aduan boleh dikemukakan menerusi borang aduan yang disediakan atau menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) untuk tindakan dan perhatian pihak pengurusan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata setiap aduan yang diterima akan diteliti dan diambil tindakan sewajarnya mengikut prosedur yang ditetapkan dan maklum balas akan diberi dalam tempoh tidak melebihi 10 hari bekerja.

Dalam pada itu, semua pihak diminta mendapatkan maklumat dan penjelasan daripada pihak pengurusan terlebih dahulu, sebelum membuat sebarang kenyataan berkaitan operasi dan kemudahan di Terminal Melaka Sentral bagi memastikan maklumat yang disampaikan kepada orang awam adalah tepat dan tidak mengelirukan.

Zulhafni berkata MSSB komited untuk memastikan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di terminal itu sentiasa berada pada tahap yang baik demi keselesaan serta keselamatan pengguna.

Sebelum ini, tular dalam media sosial dakwaan terminal bas dan teksi itu beroperasi tanpa penyaman udara lebih tiga bulan dan menggesa isu itu segera diselesaikan.

 
Back
Top
Log in Register