BTC USD 60,920.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MRT: 28 disenarai pendek

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
ek_01.1.jpg


KUALA LUMPUR 11 Ogos - Syarikat Prasarana Negara Bhd. (Prasarana) telah menyenarai pendek 28 syarikat individu dan usaha sama yang layak membida bagi pelbagai pakej kerja sivil bahagian atas, pembinaan stesen dan depot di bawah projek prasarana My Rapid Transit (MRT) yang bernilai berbilion ringgit.

Prasarana dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, tender-tender itu terdiri daripada pakej kerja sivil bahagian atas (lapan pakej), stesen (lapan pakej) dan depot (dua pakej) akan ditawarkan secara berperingkat, bermula bulan depan sehingga Disember 2012.

"Tender bagi peringkat pertama, yang melibatkan dua pakej kerja sivil akan dikeluarkan awal bulan depan," kata Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Shahril Mokhtar.

Beliau berkata, dua pakej itu ialah laluan 5.4 kilometer (km) dari Taman Bukit Ria ke Plaza Phoenix di Cheras dan satu lagi laluan sejauh 5.2 km dari Taman Suntex ke Bandar Tun Hussein Onn.

Shahril berkata, 18 pakej kerja itu dibahagikan kepada dua kategori — terbuka dan Bumiputera — dan pemohon dinilai berdasarkan beberapa aspek, termasuk keupayaan kewangan, rekod prestasi, pengalaman dan kesihatan dan amalan alam sekitar.

Bagi permohonan usaha sama, beliau berkata penilaian teknikal dan kewangan dijalankan ke atas syarikat individu, dengan jumlah skor mata kewangan dan teknikal mereka digabungkan berdasarkan kepada peratusan ekuiti mereka.

Beliau berkata, sebuah 28 syarikat yang disenarai pendek itu dipilih daripada 195 yang menyerahkan permohonan, selepas dua iklan awam disiarkan.

Antara syarikat yang disenarai pendek bagi semua tiga jenis pakej itu (kerja sivil bahagian atas, stesen dan depot) dalam kategori terbuka ialah Sunway Construction Sdn. Bhd., Muhibbah Engineering (M) Sdn. Bhd., IJM Construction Sdn. Bhd., Gadang Engineering (M) Sdn. Bhd. dan Loh & Loh Construction Sdn. Bhd., katanya.

Sementara itu, dalam kategori Bumiputera ialah Naim Engineering Sdn. Bhd., Trans Resources Corporation Sdn. Bhd., TSR Bina Sdn. Bhd, Ahmad Zaki Sdn. Bhd., HRA Teguh Sdn. Bhd. dan Syarikat Muhibah Perniagaan & Pembinaan Sdn Bhd.

Tender-tender bagi pakej kerja lain akan diumumkan pada masa yang sesuai.

MRT itu yang dianggap projek prasarana terbesar negara sebagai sebahagian daripada Pelan Induk Greater Lembah Klang, akan menyediakan perkhidmatan tulang belakang kepada sistem pengangkutan awam sedia ada, dan disepadukan dengan LRT, KL Monerel dan perkhidmatan KTM sedia ada. Merentasi pusat bandar dari Sungai Buloh ke Kajang, MRT baharu itu akan mempunyai jarak kira-kira 51 km.

Ini termasuk 9.5 km menerusi terowong bawah tanah dengan 27 stesen bahagian atas, tujuh stesen bawah tanah dan depot di Sungai Buloh dan Kajang.
 
Back
Top
Log in Register