BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MPV Vellfire Hitam Che Ta Dicuri

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
velfhila.transformed.jpg

KUALA LUMPUR: Kenderaan pelbagai guna (MPV) Vellfire berwarna hitam milik pelakon dan pengacara popular, Rozita Che Wan dilaporkan hilang di kediamannya di Subang, dekat sini, pagi tadi

Berita kehilangan kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta pelakon yang mesra disapa Che Ta itu disahkan oleh pengurus beliau, Afeeq Abdul Wahab

"Che Ta dan Zain tidak dapat dihubungi buat masa ini kerana sibuk menguruskan hal kecurian itu. Laporan kepada pihak pengurusan pangsapuri dibuat kerana kenderaan itu hilang di dalam kawasan tempat tinggal mereka

"Kedua-duanya menyedari kehilangan kereta Vellfire itu kira-kira jam 10 pagi tadi selepas mendapati ia tiada di tempat letak kereta yang dikhaskan buat mereka

"Saya difahamkan laporan polis akan dilakukan sebaik urusan dengan pihak pengurusan pangsapuri selesai. Kami berharap saksi atau sesiapa yang mengetahui dalang di sebalik kejadian ini dapat tampil," katanya kepada BH Online

Sementara itu, Afeef turut meminta mereka yang ternampak kenderaan bernombor pendaftaran WWQ 93 itu boleh menghubungi 012-6160949
 
alamak.. senang plak vellfire nk kena rembat..
kereta dh book semalam..cancel order lar macam ni..
 
pakar rembat...kereta ape pon bleh rembat, ini adalah antara kereta hot utk di rembat
 
kalo dah rembat mana dia nak pakai no plet sama
 
kejap lagi barai la tu jadi barang spareparts.
 
Check cctv jer...senang nak trace...plak tu kalau keter tak de gps tracker lagi laa senang nak ilang mcm tu je..

Mmg security condo/apt tu lemah giler bole lepas mcm tu je..
 
image.jpg

..
 
Check cctv jer...senang nak trace...plak tu kalau keter tak de gps tracker lagi laa senang nak ilang mcm tu je..

Mmg security condo/apt tu lemah giler bole lepas mcm tu je..

area banglo pun kadang camtu. keje org security.
 
2 lelaki larikan Vellfire Che Ta

SUBANG JAYA- Dua lelaki dipercayai melarikan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire milik pelakon terkenal Rozita Che Wan di kawasan tempat letak kereta sebuah kondominium mewah di USJ 11, di sini awal pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, kedua-dua suspek bertindak merempuh palang kawalan keselamatan kondominium berkenaan sebelum meloloskan diri dengan kenderaan tersebut.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, kedua-dua suspek dikesan setelah meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan kondominium berkenaan.

"Berdasarkan CCTV, dua individu lelaki dilihat duduk di bahagian pemandu dan penumpang hadapan di dalam kenderaan terbabit sebelum merempuh palang kawalan keselamatan.

"Buat masa ini, polis sedang berusaha sedaya upaya untuk mengenal pasti kedua-dua suspek berkenaan dan siasatan masih diteruskan untuk mengesan mereka," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di sini hari ini.

Menurut Azlin, pelakon terkenal yang turut dikenali sebagai Che Ta itu turut kehilangan beberapa barang berharga termasuk beg tangan dan kasut berjenama yang berada di dalam kenderaan terbabit.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.a...=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_23.htm#ixzz4GpwP6GVT
 
Back
Top
Log in Register