alisha_qistina
Super Active Member
- Messages
- 6,416
- Joined
- Jun 27, 2008
- Messages
- 6,416
- Reaction score
- 257
- Points
- 81
PUCHONG – Taktik lapuk pengusaha sebuah pusat penjualan cakera video digital (DVD) yang menyediakan bilik kecil atau bilik ghairah khusus bagi pelanggan memilih tajuk video lucah kegemaran mereka tumpas selepas ia diserbu anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), kelmarin.
Difahamkan, pengusaha hanya membenarkan pelanggan tertentu memasuki bilik kecil yang berada dalam ruang kedai itu sebelum boleh membuat pemilihan tajuk DVD lucah yang dikehendaki melalui muka kulit yang ditempatkan di rak.
Malah dalam bilik yang kelihatan biasa dari luar itu, pelanggan kononnya dijamin selamat untuk membuat pilihan daripada ratusan gambar bogel wanita dan lelaki yang dipamerkan.
Pengarah Penguatkuasaan MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, hasil intipan dan maklumat awam pihaknya menyerbu sebuah premis penjualan DVD di Jalan Puteri 2/2, Bandar Puteri dekat sini.
Katanya, dalam serbuan itu sebanyak 5,803 keping DVD pelbagai tajuk termasuk lucah yang dianggarkan bernilai RM60,000 dirampas.
“Pengusaha dikesan menjalankan perniagaan tanpa lesen sah daripada Majlis dan dikenakan tindakan di bawah UUK 3 Undang-undang Kecil Perlesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPSJ 2007.
“Selain ribuan kepingan DVD dirampas, kedai berkenaan turut disita dan pengusaha berhadapan kompaun RM1,000,” katanya.