ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Anggota yang turun padang semasa operasi terjah dilakukan. Ia turut disertai pegawai dari Pejabat Kesihatan Gombak.
KUANG - Sebanyak dua kompaun dan sepuluh notis pembersihan dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam Ops Terjah Hapus dan Musnah Denggi di Bandar Baru Kundang baru-baru ini.
Menurut Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Noriza Shaari, sebanyak 163 rumah telah diperiksa melibatkan melibatkan 80 anggota yang dibahagikan kepada lima kumpulan.
Menurutnya, notis dikeluarkan melibatkan rumah berkunci dan tiada penghuni meminta pemilik melakukan kerja pembersihan.
"Notis di bawah Seksyen 82 kerana notis kacau ganggu menghapuskan bekas berpotensi pembiakan jentik-jentik.
"Dua penduduk dikenakan kompaun RM500 setiap kes selepas penemuan pembiakan wabak ditemui," katanya.
Katanya, pemeriksaan sama akan dilakukan secara berkala mengikut keputusan dalam jawatankuasa denggi yang dibentuk.
"Kampung Baru Kundang adalah lokasi keempat diperiksa selepas Taman Bersatu dan Taman Jati di Rawang dan Kampung Simpang Tiga Gombak.
"Sebanyak enam kompaun dan 22 notis dikeluarkan dalam keseluruhan operasi," katanya.
Orang awam dinasihat peka dengan wabak denggi dan memastikan persekitaran dalam keadaan bersih sentiasa.