Sorotan kembali ..
1. Thread tak update selama seminggu
2. Thread dipindahkan ke CLOSED/SCAM
3. Thread starter PM Admin CG
4. Admin PM Thread Starter
5. Thread starter buka thread meluahkan rasa
Umum mengetahui, jangka hayat HYIP adalah pendek. Dan sikap thread-starter juga yang sebelum-sebelum ini tidak update HYIP yang sudah close.
Permulaan yang baik, biarlah kesudahan pun baik. Kalau dah buka thread, tolong-tolong la beritahu kalau sudah close. Tapi, disebabkan sebelum-sebelum ni tak close, jadi Admin/Mod tolong pindahkan ke ruangan yang sepatutnya. Nak kira ke thread yang anda buka kemudian tidak notify bila dah scam?
Thread-starter mestilah sentiasa update thread yang dibuka. Jika selama ini anda tidak bertanggung-jawab untuk update thread anda sehingga close pun tidak beritahu, adakah selama ini anda jalankan tanggungjawab anda? Dan tiada dalam rules CG pun bahawasanya Admin/Mod untuk check di MMG sekiranya program tersebut sudah tutup ataupun tidak.
Perkara ni kecil sahaja. Kalau saudara PM dengan baik kepada Mod/CG, minta thread anda dipindahkan ke ruangan yang asal, habis cerita. Benda ni common sense sahaja. And don't tell me that you have lost your sense ok.