BTC USD 81,374.9 Gold USD 4,124.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Mourinho tabur janji manis

wokyoh fx

Super Active Member
Messages
7,161
Joined
Aug 25, 2010
Messages
7,161
Reaction score
49
Points
70
LONDON - Pengurus baharu Chelsea, Jose Mourinho berjanji akan memenuhi hajat pemilik kelab itu, Roman Abramovich untuk mencatat kejayaan lebih bergaya musim depan.

Pengendali yang lebih dikenali dengan gelaran The Special One itu mengakui, beliau tidak pernah memikirkan soal 'gaya' dalam memburu kejayaan untuk kelab yang dibimbingnya.

"Saya mahu membuat penyokong Chelsea berpuas hati dari aspek keputusan, gaya permainan, mentaliti dan personaliti pemain.

"Penyokong perlu tahu apa yang boleh kami berikan kepada mereka. Saya belajar semua ini daripada pengalaman lalu ketika bersama Chelsea, Inter (Milan) dan (Real) Madrid.

"Keputusan yang saya buat semuanya demi pasukan yang saya bimbing. Saya perjudikan nasib saya dengan kerap membuat keputusan yang berisiko tinggi," katanya.

Ketika ini, Chelsea sedang sibuk melakukan persiapan bagi menghadapi aksi pra-musim walaupun beberapa pemain tetapnya masih bercuti rehat selepas terlibat pada aksi Piala Konfederasi 2013 di Brazil baru-baru ini.

Bagaimanapun, bintang-bintang yang baharu dibeli Chelsea sudah pun mula menjalani latihan pertama mereka seperti Andre Schurrle dan Marco van Ginkel.

Skuad berwajah baharu Chelsea akan memulakan jelajah pra-musimnya ke Asia minggu ini.

Mengenai pemain lama yang sudah berusia, Mourinho berkata: "Frank Lampard, Ashley Cole dan John Terry masih mempunyai peranan besar di Chelsea.

"Mereka ini adalah sebahagian daripada legasi budaya kelab ini. Walaupun pemain baharu yang datang, pemain lama jugalah yang akan memainkan peranan membantu orang baharu menyesuaikan diri dengan cepat.

"Satu hari karier mereka akan berakhir dan yang baharu tiba akan mengambil alih tugas mereka. Keadaan ini akan berterusan dari satu generasi ke generasi berikutnya." - Agensi

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0710&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz2YeKq8bUo
Hakcipta terpelihara
 
dapat piala sekalipun.kalau abromovich tak puas hati tak der guna gak.bukan leh caya mamat tu.asyik nak buang org jer kerja.elok dia jadi menteri sukan malaysia tlg buang presiden fam sekali :))
 
takde jugak lagi pengganti drogba
 
tahun ni sapu bersih sume cup..heheh :)
 
wish him gud luck :D

tengok dia buat macam mana season ni
 
dapat piala sekalipun.kalau abromovich tak puas hati tak der guna gak.bukan leh caya mamat tu.asyik nak buang org jer kerja.elok dia jadi menteri sukan malaysia tlg buang presiden fam sekali :))

semoga harapan wokyoh makbul di bulan ramadon yg mulia ini...
 
teringat thread penuh angkuh dipuncak musim lepas..
adakah bakal berulang lagi:)):))
 
Maurinho?

2000 Benfica
2001–2002 União de Leiria
2002–2004 Porto
2004–2007 Chelsea
2008–2010 Internazionale
2010–2013 Real Madrid
2013– Chelsea

if you know what I mean
 
Back
Top
Log in Register