BTC USD 81,373.9 Gold USD 4,124.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Mourinho diejek penyokong

wokyoh fx

Super Active Member
Messages
7,161
Joined
Aug 25, 2010
Messages
7,161
Reaction score
49
Points
70
su_09.1.jpg


MADRID - Pengendali Real Madrid, Jose Mourinho tidak menghiraukan ejekan para penyokong yang berang dengan tindakannya merehatkan penjaga gol utama, Iker Casillas (gambar) awal pagi semalam.

Pada aksi Liga Sepanyol yang berkesudahan Real menewaskan Real Sociedad 4-3 di Stadium Santiago Bernabeu itu, Casillas sekadar memanaskan bangku simpanan apabila Mourinho kekal memilih penjaga gol kedua, Antonio Adan seperti mana ketika tewas kepada Malaga 2-3 pada 22 Disember lalu.

Bagaimanapun, Mourinho terpaksa menurunkan Casillas selepas Adan dilayangkan kad merah seawal minit keenam gara-gara mengasari Carlos Vela dalam kawasan kotak penalti.

Biarpun gagal menghalang sepakan penalti yang disempurnakan Xavier Prieto, kehadiran semula Casillas di tengah padang jelas mengembirakan penyokong skuad The Galacticos.

"Saya tidak peduli dengan ejekan penyokong. Saya tahu mereka mencemuh saya tetapi ejekan itu seolah-olah tidak menghormati Adan.

"Adan juga merupakan pemain Real, jadi dia berhak dihormati.

"Saya tidak faham perkara itu boleh berlaku," kata Mourinho.

Pada perlawanan itu, Real terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Karim Benzema seawal minit kedua manakala tiga lagi gol diperoleh menerusi Sami Khedira pada minit ke-35 dan Cristiano Ronaldo (ke-68 dan 70).

Biarpun Prieto berjaya meledakkan hatrik masing-masing pada minit kesembilan, ke-40 dan ke-76, ia sudah terlewat bagi Sociedad untuk menghalang anak-anak buah Mourinho membawa pulang tiga mata penuh.

Begitupun, kemenangan itu masih belum dapat meredakan tekanan yang dialami Mourinho setelah pencabar utama, Barcelona turut melakar kemenangan 4-0 ke atas Espanyol dalam satu lagi aksi liga. - AFP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conte...ub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_09.htm#ixzz2HJtFrmAf
Hakcipta terpelihara
 
dia manager dia tahu la nak pilih siapa
:)
tapi fans pun ada hak
depa bayaq tiket
selagi tak baling syiling okay lettew
tatau nak salah kan siapa
 
Sama je ngan team Harimau Malaya..bile coach turunkan pemain yg dirasakan peminat x layak ada dlm pasukan..
tp rajjagobal buleh wat keras je..wat tak tau.
nampaknye RG ade persamaan la dgn Maurinho..
 
Casillas bergaduh kot dgn mourinho
 
tapi betul la dia kate, depa macam tak hormat Adan
 
ada harapan jadi pengurus city pas ni ganti mancini yg kelihatan sudah kesampahan ideas :))
 
Back
Top
Log in Register