BTC USD 60,602.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Motivasi Jutawan

UTAWAN MUDA : Dr Farrah Gray

drfarrahgrayspeaking.jpg


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kita selalu berfikiran sesuatu yg terjadi itu adalah secara kebetulan. Begitu juga tanggapan kita terhadap orang-orang yg berjaya dalam hidup mereka. Masyarakat kita mempunyai satu tanggapan negatif apabila melihat seseorang yg berjaya itu disebabkan faktor-faktor luaran yg membantu mereka berjaya. Sebagai contoh, apabila kita berjumpa orang yg berjaya menjadi JUTAWAN pada usia muda, kita akan bertanggapan bahawa dia mewarisi kekayaan keluarganya atau sebagainya.

Dr Farrah Gray adalah seorang JUTAWAN yg dibesarkan dikawasan miskin Chicago dan tidak mempunyai latar belakang dalam bidang perniagaan secara formal. Tetapi tahukah anda beliau mampu mencapai status JUTAWAN pada usia 14 tahun. Hebat....memang hebat.....beliau membuktikan bahawa tidak ada erti tuah atau bernasib baik untuk menjadi seorang JUTAWAN,semuanya akan anda perolehi jika berusaha dengan betul dan bersungguh-sungguh.

Pada usia 24 tahun, beliau merupakan usahawan muda yg sangat luar biasa kerana mempunyai pelbagai cabang perniagaan yg meliputi pencetakkan media,majalah,buku beliau sendiri dan pelbagai lagi. Buku tulisan beliau yg bertajuk "RELLIONAIRE" membongkar kejayaan beliau memulakan perniagaan pada usia semuda enam tahun. Beliau secara peribadi akan berkongsi dengan anda segala kesusahan dan kegagalan yg beliau hadapi untuk berjaya.

Maksod RELLIONAIRE sendiri mengikut penjelasan Dr Farrah Gray adalah kekayaan luaran dan dalaman, dimana kesinambungan ini yg membuatkan beliau mampu berjaya dalam apa jua bidang yg diceburi. Bermula sebagai penjual homemade lotion yg dijual dari rumah ke rumah, kini beliau menjelajah keseluruh dunia untuk memberikan motivasi kejayaan kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Beliau membuktikan anda boleh berjaya tidak mengira bagaimana mana latar belakang anda. Moga perkongsian pada post kali ini dapat menyemarakkan semangat kita semua dalam misi bergelar JUTAWAN

http://www.youtube.com/watch?v=2f1TNgJ5mF0&feature=player_embedded
 
Last edited:
JUTAWAN DUNIA : Dylan Wilk ( Robin Hood abad ke 21)

dylan_wilk.jpg


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin berkongsi cerita kejayaan seorang bernama Dylan Wilk, seorang pemuda berusia 30 tahun dan berasal daripada Leeds United Kingdom. Beliau yg pada mulanya dibesarkan dalam keluarga miskin dan memulakan perniagaan atas pinjaman yg disediakan oleh Putera Charles sebanyak Pound 2500 . Bagaimanapun beliau berjaya mengaut keuntungan 88juta Pound dalam masa 4 tahun. Beliau yg menjalankan perniagaan "GAME" merupakan orang yg ke 9 terkaya di UK dibawah usia 30 tahun!!!!!!!...

Tidak dinafikan kekayaan yg melimpah-limpah membuatkan beliau menukar gaya hidupnya kepada kehidupan yg menjadi angan-angan semua pemuda seusia dengannya. Bermalam di Hotel 5 bintang,melancong ke seluruh dunia, dan deretan kereta mewah seperti ferrari,porsche, BMW dan bermacam-macam lagi. Beliau yg kerap bertukar-tukar kereta kerana kerap bosan dengan koleksi-koleksi kereta yg dimiliki beliau. Satu peristiwa yg mengubah persepsi beliau tentang erti "Kebahagiaan" yg sebenar terjadi apabila beliau membeli kereta Ferrari iaitu kereta yg menjadi kegilaannya sejak kecil. Apabila memandu kenderaan tersebut untuk tempoh 2 minggu, beliau mula merasa bosan dan tidak merasakan pembelian kereta tersebut benar-benar membuatkan beliau bahagia.

Beliau terfikir, "Adakah sesuatu tidak kena dengan kereta ini ataupun sesuatu tidak kena dengan dirinya"..Beliau mengembara keseluruh dunia untuk menenangkan diri dan mencari erti kehidupan yg sebenar. Beliau di jemput ke Filipina untuk melihat program membantu fakir miskin disana untuk membina tempat tinggal untuk mereka. Beliau mula terfikir bahawa kehidupannya yg bermewah-mewah selama ini adalah sangat tidak bertanggungjawap dan tidak prihatin kepada nasib orang lain.

Beliau menjual salah satu daripada kereta kesayangan beliau iaitu BMW M3 dan wang tersebut mampu untuk membina 63 biji rumah untuk orang miskin di Filipina. Beliau bertekad untuk melakukan perubahan atas dasar tanggungjawap dan kesedaran tentang erti kebahagiaan yg sebenar. Beliau kini aktif sebagai aktivis kemanusiaan di FIlipina.

Ini adalah salah satu contoh JUtawan yg mempunyai kesedaran dan rasa tanggungjawap untuk melakukan perubahan. Kejayaan yg kita perolehi seharusnya datang bersama tanggungjawap dan kesedaran yg mendalam tentang perubahan yg mampu kita lakukan untuk menjadikan dunia ini lebih baik. Setiap agama mengalakkan sifat pemurah kepada pengikutnya. Saya berharap, suatu hari nanti akan lahir lebih ramai Jutawan yg akan mengikut jejak langkah menjadi seorang yg pemurah seperti Dylan Wilk ataupun seperti idola saya Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Lebih banyak anda memberi, lebih banyak hasil yg baik akan anda perolehi..percayalah..
 
memang menarik untuk dibaca dan bagi pembakar semangat...
 
JUTAWAN DUNIA : JUTAWAN MEE SEGERA...Momofuku Ando

Chikin_Ramen.JPG


ando_momofuku.jpg


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Momofuku Ando seorang warga Jepun yg berasal dari Taiwan. Beliau dilahirkan dalam keluarga yg berada,tetapi kematian ibu bapanya pada usia yg sangat muda telah memaksa beliau dibesarkan oleh datuknya di Tainan Taiwan. Datuk beliau menjalankan perniagaan tekstil secara kecil kecilan dan ini memupuk semangat ingin berniaga dalam diri beliau. Beliau mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan tekstil pada usia 22 tahun dengan modal awal 190,000 Yen.

Beliau berpindah ke Jepun dan menjalankan perniagaan disana sehingga diberikan kerakyatan jepun. Malangnya beliau diperjarakan selama 2 tahun pada 1948 atas kesalahan lari daripada membayar cukai (ha ha....dah jadi jutawan jangan lupe bayar cukai yee). Perniagaan tidak berjalan lancar lalu memaksa beliau menutup perniagaan dan diistiharkan bangrap. Momofuku Ando tidak patah semangat dan menubuhkan syarikat baru yg menjalankan perniagaan garam secara kecil-kecilan.

Pada waktu Jepun sedang menghadapi krisis makanan akibat perang, Menteri kesihatan Jepun pada waktu itu telah menyarankan rakyat Jepun untuk memakan Roti yg dibuat dari tepung gamdum. Roti tersebut dibekalkan oleh Amerika Syarikat dan sememangnya ia bukan makanan ruji warga Jepun. Keadaan ini membuatkan Momofuku Ando terfikir kenapa Roti yg disarankan kepada warga Jepun pada waktu itu dan bukannya Mee yg sememangnya sinonim dengan rakyat Jepun.

Setelah dikaji, barulah beliau mendapat tahu bahawa syarikat-syarikat pembuatan mee diJepun terlalu kecil dan tidak mampu untuk menampung permintaan tinggi daripada rakyat Jepun. Momofuku Ando tidak teragak-agak untuk mengambil keputusan untuk menghasilkan mee yg mudah dimasak,murah dan sedap dimakan(aihh..macam iklan la pulak).kerana bagi beliau “Peace will come to the world when the people have enough to eat.”. Beliau amat merindui keadaan dimana beliau dapat memakan mee perisa ayam seperti sebelum perang.

Pada 25 Ogos 1958 dan pada usia 48 tahun, beliau telah menjumpai resepi Mee segera setelah beberapa kali gagal dalam eksperimen beliau. Beliau mula memasarkan produk pertama beliau iaitu Chikin Ramen iaitu mee perisa ayam. Produk beliau mendapat permintaan ramai kerana harganya yg murah iaitu 3 kali ganda lebih murah daripada semangkuk mee biasa yg termurah dipasaran.

Beliau tidak berhenti disitu dan sentiasa memperbaiki serta mempelbagaikan produk beliau. Daripada mee cawan untuk pasaran barat sampailah ke mee perisa tomato dan cheese untuk pasaran brazil.Khabarnya mee ciptaan beliau pernah dibawa keangkasa lepas oleh angkasawan Jepun pada tahun sekitar 2005-2006. Beliau berjaya membesarkan empayar mee segera sehingga hari ini. Walaupun mempunyai ramai pesaing dalam industri ini, beliau berbangga kerana dapat meninggalkan legasi perniagaan bernilai berbillion USD. Beliau telah meninggal dunia pada usia 96 tahun akibat penyakit jantung.

Sesungguhnya daripada cerita kejayaan beliau, dapat kita pelajari bahawa kesusahan yg kita lalui sebenarnya mempunyai hikmah yg tersendiri. Akibat daripada kesusahan tersebutlah beliau mendapat idea dan kekuatan untuk menghasilkan sesuatu yg diluar daripada kotak pemikiran orang biasa. Kepada sesiapa yg mengalami musibah dalam kehidupan, harap bersabar dan terus berusaha gigih untuk mencari jalan membebaskan diri anda daripada belenggu masalah tersebut. Selamat Berjuang untuk semua..
 
fathiMZ, yokosarai, Jeb, lanevi448
xder citer best ke?share lar kat sini...:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
JUTAWAN HARTANAH : Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar

mustaphakamal.jpg


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pernahkah anda mendengar sebuah tempat yg bernama Bukit Lanjan sebelum ini??? Dulu, pasti tempat yg bernama Bukit Lanjan ini kurang glamor sebelum penyebaran Gambar Lucah Exco Kerajaan negeri Selangor merangkap Adun Bukit Lanjan sendiri yg bernama Elizabeth Wong daripada Parti Keadilan Rakyat. Wah wah wah...berbaur politik pula penulisan saya pada kali ini. Sebelum ada yg salah faham, saya bukan ingin menulis tentang isu tersebut apatah lagi meng"post" gambar Elizabeth Wong kerana ini blog kisahJutawan dan bukan kisahpolitik (hehe)

Untuk sesiapa yg belum mengetahui dimana Bukit Lanjan, Bukit Lanjan terletak di kawasan Damansara perdana berhampiran kawasan segitiga emas Petaling Jaya dimana terdapatnya kompleks membeli belah seperti IKANO,The Curve,One Utama, dan Cineleisure. Daripada cerita yg saya dengar, Damansara Perdana ini sebenarnya kawasan orang asli dan mereka telah diberikan pertempatan di kawasan Bukit Lanjan oleh MK Land. Bagaimanakah daripada kawasan pertempatan orang asli ini boleh wujud sebuah kawasan elit kondo-kondo mewah ini.

Hasil sentuhan emas seorang billionaire hartanah yg bernama Tan Sri Mustapha Kamal, maka terhasilah kawasan "segitiga emas" Petaling Jaya ini. Beliau yg sinonim dengan kejayaan dalam bidang hartanah dibawah kumpulan syarikat MK land Holdings Berhad. Permulaan Beliau dalam bidang perniagaan bermula pada 2 Ogos 1978 dan berjaya disenaraikan dalam bursa saham pada 8 Jun 1992.

Pada peringkat awal, MK land hanya dikenali sebagai Perfect Food Industries Sdn Bhd yg terlibat dalam pembuatan biskut di Kilang mereka di Melaka. Setelah berjaya menempatkan diri dalam BSKL ia ditukar nama kepada Perfect Food Industries berhad sebelum bertukar nama kepada MK land Holding Berhad pada sekitar Ogos 1999.

Sebelum bergelar Usahawan, Tan Sri Mustapha Kamal pernah berkhidmat sebagai penolong pegawai daerah. Hasil pengalaman beliau dalam bidang pengurusan hartanah inilah yg membuat Tan Sri Mustapha Kamal bertekad untuk memulakan perniagaan pengurusan hartanah walaupun permulaan perniagaan beliau bermula dengan industri Makanan.

Beliau berjaya membawa status MKland selaku syarikat pengurusan Hartanah yg berjaya membangunkan kawasan-kawasan yg dahulunya agak terpencil dan tidak mendapat perhatian kepada kawasan elit yg lengkap dengan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi seperti kawasan Damansara Perdana, Cyberjaya. MKland juga terlibat dalam industri perhotelan dan tempat peranginan seperti Bukit Merah Laketown resort dan Langkawi Lagoon.

Beliau berani memulakan sesuatu yg baru dengan mengetengahkan cara hidup "e-lifestyle township" yg moden dan berteknologi tinggi di kawasan perumahan dibawah syarikat MKland. Bekas graduan Universiti Malaya ini berjaya meletakkan namanya didalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia membuktikan kejayaan beliau dalam bidang hartanah ini.

Semoga cerita Donald Trump Malaysia ini menjadi santapan rohani dan motivasi untuk anda semua. Persoalannya sekarang, pastikan anda mahir dan minat dalam sesuatu bidang yg anda ceburi.
 
TT good info.share lagi dan tahniah.Anda ada visi untuk berjaya.
 
jutawan ebay dan jutawan forex sila tampil kehadapan.....
 
fathiMZ, yokosarai, Jeb, lanevi448
xder citer best ke?share lar kat sini...:)cgrock:)cgrock:)cgrock

Sebenarnya saya sedang mencari bahan bacaan untuk menaikkan semangat. Baru lepas diberhentikan kerja.
Terimakasih yang tidak terhingga kepada yang menyumbang.
Semoga anda semua (termasuk saya) akan berjaya seperti mereka.:):):)
 
Back
Top
Log in Register