BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MOTAC Batal Lesen Syarikat Kenari Utara Travel & Tours

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
774318c4b274654ace1ec08d9ae9e55c66dbd0bc33822


Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen syarikat bas Kenari Utara Travel & Tours Sdn Bhd (No Syarikat: 806799-V) berkuat kuasa 11 Sept lepas.

Menurut MOTAC, tindakan diambil Pesuruhjaya Pelancongan itu selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].

“MOTAC memandang serius sebarang pelanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia MADANI,” menurut MOTAC dalam kenyataan hari ini.

Pada pada 3 Nov lepas, Mahkamah Majistret Gerik telah mensabitkan syarikat Kenari Utara Travel & Tours atas dua pertuduhan di bawah Peraturan 6 (1)(f) Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan 1992 kerana gagal mematuhi syarat lesen yang melarang urus niaga dengan pihak tidak berlesen.

Ia susulan nahas yang mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Jun lepas di Gerik yang menjadi antara insiden paling menyayat hati.

 
Back
Top
Log in Register