NEMO
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 109,177
Paid Membership
- Joined
- Jan 13, 2007
- Messages
- 109,177
- Reaction score
- 1,046
- Points
- 1,101
LONDON: Sekumpulan monyet di Kenya tidak hanya memusnahkan tanaman, tetapi turut mencetuskan ketakutan di kalangan penduduk, khususnya wanita yang menjadi mangsa pencabulan haiwan berkenaan.
Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, wanita perkampungan Nachu di barat daya Kikuyu hidup dalam ketakutan dan mendakwa 300 ekor monyet itu ‘mengganas’ dengan melontar batu, mengejar, menuding payu dara wanita selain menunjukkan kemaluan kepada mangsa.
Masalah itu terbukti di luar kawalan sehingga memaksa ahli Parlimen, Paul Muite memohon bantuan Jabatan Hidupan Liar bagi mengawal kelakuan ganas monyet berkenaan yang turut mencuri hasil tanaman selain membunuh anjing dan haiwan ternakan. Berikutan itu, penduduk itu turut berdepan masalah kekurangan makanan.
Namun, kesungguhan Muite membentangkan perkara itu di Parlimen sebaliknya disambut ketawa ahli Parlimen lain apabila dia memaklumkan kelakuan tidak senonoh monyet berkenaan.
Wanita lebih banyak menjadi mangsa kerana mereka bertanggungjawab menjaga tanah pertanian dan monyet itu terbukti ‘cerdik’ apabila lebih takutkan lelaki.
Wanita itu turut bertindak memakai pakaian suami mereka sebagai muslihat menakutkan monyet berkenaan, tetapi gagal.
“Selain berkemeja dan seluar, kami turut mengenakan topi untuk kelihatan seperti lelaki dan mengejar monyet itu. Malangnya, monyet itu dapat mengenali perbezaan itu dan enggan lari. Mereka sebaliknya menuding payu dara dan mencuri hasil tanaman seperti kentang dan jagung,” kata penduduk, Lucy Njeri.
Dia mendakwa, selain mencuri hasil tanaman, monyet itu turut membuat aksi lucah seperti menunjukkan kemaluan mereka. – Agensi
hebat tul monyet skrg
)