ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Monster University
Masihkah anda ingat mengenai dua sahabat 'monster' iaitu James P. “Sully” Sullvian-si monster berbulu biru dan Mike Wazowski-si monster hijau bermata satu. Jika anda penonton Monster Inc, anda pasti tidak akan lupa kisah dua sahabat baik ini yang cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak, Boo, dari dunia monster.
Bagaimanapun kali ini, keduanya tidak kembali dengan kisah di pejabat sebaliknya momen-momen antara Mike dan Sully ketika menuntut di universiti dalam jurusan menakut-nakutkan orang. Ia secara tidak langsung juga sebenarnya, bakal mengimbau kenangan buat penonton yang sudah meninggalkan universiti atau kolej.
Biarpun budayanya mungkin sedikit berbeza, namun keletah dan kelucuan yang dipamerkan oleh segala jenis monster di dalam filem ini akan membuatkan penonton ketawa geli hati.
Apatah lagi melihat gelagat Sully yang tidak sudah-sudah membuli Mike, sama seperti keadaannya ketika mereka sudah bekerja.
Menurut Scanlon, dia mempunyai sebab mengapa mengambil universiti atau kolej sebagai latar belakangnya.
“Awalnya memang saya membayangkan kewujudan sebuah kolej yang mempunyai pelajar terdiri dari ‘Monster’ dan ini sungguh hebat.
“Jadi di sinilah saya perlu mainkan peranan mewarnai plotnya dengan pelbagai jenaka, kisah sesama mereka serta sesuatu yang boleh menyentuh emosi,” katanya menggunakan suara bintang popular Hollywood seperti Billy Crystal, John Goodman, Steve Buscemi, Helen Mirren, John Krasinski, Nathan Fillion, Charlie Day dan ramai lagi untuk watak yang dicipta.
Penuh warna-warni
Apabila bercerita mengenai karya dari Walt Disney Pictures, bagi penonton dewasa anda pasti sudah membayangkan permainan warna-warna menyerlah dalam sesebuah filem animasi yang akan menyerikan perjalanan sesebuah cerita itu.
Begitu jugalah dengan filem ini, biarpun suasananya di ambil lebih awal daripada Monster Inc, namun permainan warnanya tetap ceria dan seterusnya menghiburkan.
Ia tentu sekali amat sesuai di tonton oleh kanak-kanak dan bagi golongan dewasa, filem ini akan membuatkan anda berasa lebih rileks dan santai.
Manakala dari segi jalan ceritanya pula, filem ini ada turun dan naiknya dari segi graf kelucuannya kerana jika sebelum ini Boo banyak menceriakan penonton, namun kali ini Mike dan Sully lebih banyak memainkan peranan.
Kisah Mike dan Sully
Filem ini merupakan prekuel filem Monsters Inc. Ia bermula ketika Mike Wazowski (Billy Crystal) berada di sekolah rendah. Dia kemudian melanjutkan pengajian ke University of Fear.
Di universiti itu, Mike mendapat rakan sebilik iaitu Randall (Steve Buscemi). Pada waktu malam, dia sering bertelagah dengan seorang lagi pelajar, Sully (John Goodman). Bagaimanapun Mike dan Sully akhirnya berkawan baik.