Mad_Hatter
Banned

- Messages
- 13,609
- Joined
- Apr 12, 2011
- Messages
- 13,609
- Reaction score
- 2,481
- Points
- 261
PEKAN - Keadaan bumbung dan dinding bangunan Pusat Tenun Sutera Diraja Pahang di Pualau Keladi, di sini bocor dan mengundang masalah kepada pengusaha dan pekerja yang melakukan kerja tenunan.
Pengusahanya, Syarifah Nor Gayah Syed Hamid berkata, bangunan berusia hampir lapan tahun tersebut sering mengalami kebocoran sehingga menyukarkan kerja-kerja menenun.
Menurutnya, bumbung tersebut pernah dibaiki baru-baru ini, namun masalah tersebut masih berulang terutama pada musim hujan.
“Air hujan masuk ke dalam bangunan melalui bumbung yang bocor telah menyebabkan hasil tenunan basah dan lantai ditakung air.
“Ia menyukarkan kerja-kerja tenunan di sini kerana kami terpaksa mengalih peralatan dan menyelamatkan bahan-bahan tenunan yang mempunyai nilai yang tinggi,” katanya.
Syarifah berkata, usaha menenun yang dilakukan sejak zaman-berzaman amat penting bagi mengekalkan warisan yang menjadi lambang kemegahan dan punca rezeki kepada pekerja di sini.
“Saya telah menghantar surat kepada beberapa pihak berkaitan mengenai masalah bangunan ini namun tiada tindakan yang berkesan diambil bagi mengatasi masalah ini.
“Saya berharap pihak yang berkenaan mengambil tindakan yang lebih efektif bagi mengatasi masalah ini dengan segera dan memberi keselesaan kepada kami untuk meneruskan warisan ini,” katanya.
Beliau berkata, masalah tersebut perlu diberi perhatian secara serius oleh pihak yang berkenaan.
“Bangunan ini baru dibina dan kecuaian jelas ternyata apabila ia mengalami masalah dan menyusahkan pengusaha serta pekerja yang meneruskan seni ini di samping menjadi punca rezeki mereka.
“Saya berharap pihak yang berkenaan mengambil langkah yang sewajarnya bagi mengatasi masalah ini dengan segera dan mengelak ia kembali berulang pada masa akan datang,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/mohon-baiki-bumbung-dinding-bocor-1.310880