BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mohd Bebas Tuduhan Rogol, Zatul Redha

CL's

Legendary Member
gem
Messages
14,094
Paid Membership
Joined
Apr 28, 2009
Messages
14,094
Reaction score
246
Points
128
Juara program realiti Mentor musim keempat sudah mengeluarkan kenyataan bahawa dia kini bebas daripada tuduhan merogol teman wanitanya yang juga merupakan peserta Mentor musim keenam iaitu Zatul.

Pendedahan ini dibuat oleh Mohd ketika sidang media khas bagi mengesahkan status dirinya bebas tuduhan rogol, bertempat di Redbox Sogo pada Rabu.

Menurut laporan sebuah portal berita, penyanyi berusia 25 tahun itu mengumumkan keputusan kes tersebut diklasifikasikan sebagai 'no futher action' (NFA) atau tiada tindakan selanjutnya. Bahkan, Mohd juga memberitahu pihak peguamnya telah meminta surat kenyataan rasmi sebagai bukti mengesahkan dia tidak bersalah, namun dimaklumkan oleh pihak polis surat itu tidak dikeluarkan kerana kes terbabit tidak dibawa ke mahkamah.

Dengan perkembangan terbaru itu, bekas protégé Ziana Zain ini turut menuntut bekas teman wanitanya, Zatul membuat permohonan maaf secara terbuka sekaligus membuat penjelasan kepada pihak media mengenai tuduhannya itu bagi membersihkan namanya.



Jika Zatul tidak memenuhi tuntutannya, Mohd akan berbincang dengan peguamnya untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu Mstar Online hari ini melaporkan Zatul atau nama sebenarnya Noor Nazatul Farahin enggan mengulas lanjut tentang perkara ini. Bagaimanapun mengakui terkejut dengan kenyataan Mohd, namun redha seandainya keputusan kes rogol itu berpihak kepada bekas teman lelakinya itu.

Dalam masa yang sama, Zatul juga sempat memberitahu dia tidak mahu dihubungi pihak media lagi untuk mengulas lanjut tentang kes ini. Jelas Zatul cukuplah dia dan keluarga mendapat malu dan dia kini mahu ruang untuk meneruskan kehidupan.
 
Ini pun bagus juga asalkan dikenali
 
so sbenr'y knpe si zatul nie buat hal?.dye kena rogol dgn sape2 ke??..mesti dorg dh buat pemeriksaan kn?
 
zatul kena tampil beri keterangan..
 
ape plak nak redha...
mmg takde ape3 tindakan mahkamah...
ni ada kes ke tak ni..
silap2 wayang je lebih si zatul ni..

malukan diri sendiri & keluarga..
 
kalau pikir buruk,,mungkin mohd xnak kawen kot walaupun time tgh mendesah janji pelbagai
 
apsal xnaik court pulak. kesian klo teraniaya

taubat klo dh terlanjur tu
 
Back
Top
Log in Register