BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mohammed Azman Dipilih Sebagai Presiden ISSA Bagi Penggal Kedua

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
858664db228ca5a894513fdd160ce0fb68e11c2c33221

Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed

Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dipilih sekali lagi sebagai Presiden Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA).

Menteri Sumber Manusia Steven Sim dalam satu kenyataan menyifatkan kepimpinan Mohammed Azman bagi penggal 2026–2028 sebagai tanda keyakinan antarabangsa terhadap kepakaran dan komitmen Malaysia dalam bidang keselamatan sosial.

“Saya berharap kepimpinan Azman sebagai Presiden ISSA akan terus membuka ruang kerjasama antarabangsa, membolehkan Malaysia dapat mengadaptasi amalan terbaik global serta muncul sebagai penanda aras, sekali gus membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Mohammed Azman dipilih menerajui ISSA bagi penggal 2026 hingga 2028 semasa Forum Keselamatan Sosial Dunia (WSSF) pada 3 Okt.

Sim turut mengucapkan tahniah kepada PERKESO, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) atas kejayaan menjadi tuan rumah kepada WSSF dan mesyuarat ISSA di ibu negara.

Perhimpunan antarabangsa itu juga telah menobatkan Kuala Lumpur sebagai ibu kota global keselamatan sosial.

“Kejayaan ini mencerminkan komitmen teguh kerajaan serta pengiktirafan antarabangsa terhadap usaha Kerajaan MADANI membangunkan sistem keselamatan sosial yang menyeluruh untuk rakyat, khususnya para pekerja.

“Antara 2015 hingga 2025, Malaysia merekodkan peningkatan 63 peratus dalam jumlah pekerja yang dilindungi di bawah keselamatan sosial, di samping peningkatan dalam bayaran faedah maksimum kepada orang berinsurans, daripada RM2,655 pada 2015 kepada RM5,355 pada 2025,” katanya.

Sim berkata Malaysia juga antara negara di dunia yang meluaskan perlindungan keselamatan sosial kepada suri rumah melalui inisiatif seperti Skim Lindung Kasih dan program i-Suri KWSP, dengan lebih 500,000 suri rumah telah dilindungi di bawah Skim Lindung Kasih pada 2024.

 
Back
Top
Log in Register