BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Liverpool Mohamed Salah Hilang Bisa

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836

Salah hilang bisa​


17 APR 2024

2616750.jpg

Salah gagal menyerlah dalam beberapa perlawanan terakhir bersama Liverpool. Foto EPA
IKLAN

TONGGAK sensasi Liverpool, Mohamed Salah disifatkan sudah tidak berada pada tahap terbaik permainannya dalam beberapa perlawanan terakhir bersama The Reds.

Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.

Biarpun agresif melancarkan serangan, namun segala-galanya tidak kena dengan barisan serangan Liverpool yang banyak melepaskan peluang terhidang.

Salah yang selalunya menjadi pencetak gol untuk Liverpool gagal menyerlah dan tampak sukar bermain dengan dua lagi penyerang, Luis Diaz dan Darwin Nunez.

Salah hanya mampu menjaringkan satu gol sejak awal April 2024, itu pun melalui sepakan penalti ketika bertemu Manchester United.

Bekas pemain Chelsea yang kini menjadi pengkritik bola sepak, Andy Townsend menyifatkan Salah sedang berada pada prestasi terburuknya musim ini.

“Ketika ini Salah seperti hilang keinginan untuk beraksi. Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku kepada Salah.

“Tetapi, pada ketika ini dia sedang berada pada tahap terburuk permainannya,” katanya.


 
Salah tidak memberikan sebarang petunjuk bahawa dia ingin pergi dari Liverpool dan kelab itu tidak merancang untuk menjualnya

 
Back
Top
Log in Register