BTC USD 83,591.2 Gold USD 4,179.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TV Show Moero Attack 1989 ( JPN)

Sape budak johor yg sekolah agama sesi petang mmg rajin la ponteng time2 nie. Kawan rajin poteng time suria perkasa hitam...slot masa yg sama kowt 4.30pm...beza hari je kalo x silap
jap aku bukak thread suria perkasa hitam
 
Pada tahun 1989, kemunculan sebuah siri drama alih-suara dari Jepun telah meletuskan satu fenomena baru di kalangan kanak-kanak dan remaja muda ketika itu. Saya yang masih belajar di Darjah 4 sekolah rendah pun turut terikut-ikut sedikit dengan impak sosial yang dicanangkan oleh siri Jepun tersebut. Entah macam mana, semua kanak-kanak (tak kira lelaki dan perempuan) secara tiba-tiba suka dan minat bermain bola tampar (volleyball) ketika itu. Badminton dan bola sepak tenggelam sekejap. Kuat betul pengaruh siri alih-suara ciptaan Shotaro Ishinomori dari Jepun ini.

1643013555323.png


1643013592071.png


Setelah dialih-suara ke Bahasa Melayu untuk ditayangkan di Malaysia, nama "Kojika Joon" dipanggil dengan sebutan "Kojika Chun". Kalau anda masih ingat, betul tak? Dalam drama tu, semasa bermain bola tampar khususnya ketika hendak melakukan pukulan spike, mesti ada dialog macam ni: "Chun! Summersault!" Jadi selepas ini saya akan gunakan nama Chun sebagai ganti nama kepada Kojika Joon.
1643013644187.png


Berbalik kita kepada tunjang drama sukan bola tampar ini. Chun ingin menunaikan hasrat ibunya yang ingin melihat beliau mewakili Jepun dalam acara bola tampar di temasya Sukan Olimpik. Ibu Chun telah meninggal dunia semasa Chun masih bayi lagi dan tak tahu apa-apa langsung tentang sukan bola tampar. Walaupun Chun tidak mengenali ibunya, beliau mendapat tahu tentang sejarah dan latar belakang ibunya melalui Pengurus Pasukan Bola Tampar Shirafuji. Tuan Pengurus ini adalah sahabat baik kepada ibu Chun masa muda-muda dulu. Tak tahulah lah pula ke mana perginya ayah si Chun ni.

Ibu Chun telah mewasiatkan sebuah buku lama yang mengandungi lakaran taktik-taktik akrobatik dalam bermain bola tampar kepada Chun. Macam mana nak buat semua taktik-taktik tu, itu Chun kena fikir sendiri. Banyak kali jugalah Chun terpaksa bertapa seorang diri dalam gelanggang dewan bola tampar yang kosong dan tidak berpenghuni untuk mempelajari ilmu-ilmu tersebut. Anda jangan ingat nak menuntut ilmu seni mempertahankan diri saja yang kena bertapa. Main bola tampar pun kena bertapa juga tau.

1643013706699.png


Sebelum layak dipilih sebagai salah seorang pemain skuad kebangsaan Jepun, Chun telah mewakili pasukan Shirafuji dalam Liga Bola Tampar Jepun. Pasukan ini antara pasukan yang terhandal dalam liga tetapi selalu ditewaskan oleh satu pasukan senior. Saya tak ingat nama pasukan senior tersebut, tapi pemainnya memakai jersi warna hijau dan putih. Pasukan Shirafuji memakai jersi berwarna merah dan putih (warna bendera Nippon).

Bagaimana saya boleh katakan yang siri Moero Attack ini begitu banyak mempengaruhi kanak-kanak ketika itu? Jawapan yang paling tepat sekali adalah kerana Moero Attack menampilkan pelbagai aksi-aksi akrobatik pemain-pemain bola tampar wanita, khususnya Chun kesayangan anda itu lah. Kadang-kadang bila difikirkan kembali, terutamanya bila anda yang sudah dewasa sekarang, kebanyakkan aksi akrobatik itu terlalu melampau dan tidak masuk akal langsung untuk dipraktikkan dalam permainan bola tampar. Kalau kesemua teknik itu boleh dilakukan, pasti pingat emas acara bola tampar sudah berada dalam genggaman skuad Jepun setiap kali temasya Sukan Olimpik. Ternyata kita semasa masih di peringkat kanak-kanak, mudah ditipu dan tertipu oleh cerita-cerita sebegini. Teknik atau aksi yang dipertontonkan juga merbahaya untuk ditiru oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa. Dalam konteks ini, RTM gagal untuk menyampaikan mesej atau pesanan amaran "JANGAN MENIRU AKSI SEPERTI INI DI RUMAH" sepanjang siri ini disiarkan di kaca TV.

Pelbagai teknik akrobatik bermain bola tampar dipertontonkan dan diperhalusi dalam Moero Attack. Setiap pemain dari pasukan yang berlainan mempunyai taktik yang unik dan tersendiri (sila rujuk klip video di bawah). Aksi-aksi sebeginilah yang selalu menjadi ikutan kanak-kanak semasa bermain bola tampar. Memanglah tak boleh buat, tapi ketika bermain, mesti akan terkeluar jeritan berupa dialog yang ditiru dari cerita Moero Attack tu. Konon-konon boleh buat lah...

Pada suatu masa muncul seorang pemain baru pasukan Shirafuji yang berkeupayaan melakukan summersault sama seperti Chun. Jadi, mereka berdua berganding bahu dalam melakukan teknik mengelirukan ini. Tetapi sayangnya teknik ini tidak kekal lama kerana pemain baru itu meninggal dunia. Ketika ini Chun telahpun diserapkan ke dalam skuad kebangsaan Jepun. Warna pakaian jersi Chun pun dah berubah dari merah putih kepada biru pekat (ada tulis Nippon lagi).


Bukan teknik bayang-bayang saja. pemain pasukan senior hijau putih ini juga berkeupayaan untuk melakukan servis kencang yang menghasilkan junaman bola berbentuk piring terbang. Mak aih! Memang susah betul nak tahan servis macam ni. Servis piring terbang ini selalu saya gunakan ketika bermain bola tampar dengan kawan-kawan sebaya.

1643013936835.png


Moero Attack juga dijelmakan dalam bentuk komik Manga di Jepun. Walaubagaimanapun, komik ini tidak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu seperti komik Tora Aman Doraemon

Satu pengajaran yang boleh diteladani dari siri Moero Attack ini adalah sikap jati diri orang Jepun yang sentiasa kuat berusaha dan tidak putus asa dalam mencapai sesuatu kejayaan. Betul lah tu. Masa nak ambil balik atau pukul bola tu, kalau tak jatuh atau guling-guling tak sah. Aspek disiplin yang tinggi dan saling menghormati antara satu sama lain (khususnya kepada orang tua) sentiasa dipertontonkan. Di negara China, siri Moero Attack ini dipertayangkan berulang-ulang kali untuk merangsang inspirasi dan semangat pemain skuad kebangsaan bola tampar wanita China, walaupun negara China dan Jepun pernah bermusuhan pada suatu ketika (Perang Dunia Ke-2). Hasilnya, mereka berjaya menjulang kejuaraan bola tampar Piala Dunia pada tahun 1981.


fu cite ni...curi curi tgk....arwah bapa aku suruh menebas semak.....buat kerja....tapi bagi alasan nak balik rumah ...sakit perut lah...itu lah.....berlari naik rumah....tgk cite ni kejap...hahahaha
 
samersok berpusing

tampanan berkembar

fuhhh aku dok hafal lagu jepun ni smpai la ni

layan ooo masa sek tendah dulu cerita ni
 
Seangkatan dgn miss comet. Mmg x pernah miss dolu2..
 
sebab masa sekolah rendah dulu aku tak kawan dengan budak tak pandai :ROFLMAO:

aku, fairus ngan dolralim tu selalu bertukar kedudukan keputusan periksa dalam kelas . nombo 1, nombor 2, ngan nombor 3.

masuk darjah 4 kene tukar kelas sbb masa tu kan ada campuran kelas.
budak yang dapat nombor 1 hingga 3, kene asing kela. campur dengan kelas budak tak pandai.
ko bayangkan la.. budak kelas tak pandai.. nak ajak main apa je? main tutup botol pun lembab..

apatah pulak nak ajak main bola tampar ala ala maero attack..

sudahnya.. bebudak tak pandai tu gaji lagi banyak dari aku skrg ni :D
Hakak ni mesti umur 38 tahun ke atas ni 🤭🤭
 
Back
Top
Log in Register