BTC USD 84,741.3 Gold USD 4,141.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Modified Motosikal

pergh terbaik....

aku pernah tgk org convert enjin motor masuk keter ader la hehe...

enjin kete ke moto blom penah nmpk lagi..

kwn saya ni dh lama buat harley kt US, moto2 dia byk masuk magazine kt sana, atas hard rock kl tu salah satu moto yg dia buat, bila dia balik mesia mcm2 menteri janji dgn dia, last2 habuk pon tarak..so byk moto yg dia buat pakai engine keta, hantar kt siam pasai bleh register....ntah lama dh tk jmpa dia, last dia buat moto saya dulu masa tahun 2004..pastu dh senyap smpai skarang..dh blik US kot...
 
Last edited:
Kalau kat malaysia ni dapat convert enjin kete masuk moto kan bagus...murah sikit belanja dari enjin moto sebenar...Tak penah nampak lagi kat jlan raya mesia ni....boleh ke buat kat msia?
 
Article pasal Ku Fuad ni...dlm berita harian dulu...

Ciptaan unik termasuk kelihatan pelik, tak masuk akal dan melampaui kebiasaan

MEMILIKI motosikal dengan konsep rekaan ditentukan pemilik sendiri sudah menjadi trend yang popular di luar negara, malah ada negara mempunyai banyak syarikat yang menumpukan kepada perniagaan mencipta atau mengubah suai kenderaan bermotor.

Mungkin ada yang masih ingat dengan nama Tengku Fuazman Dinkhalish Maamor, 55, yang pernah menggegarkan dunia automotif negara pada 1996 dengan ciptaan motosikal ekstrim yang menggunakan enjin kereta dan mampu bergerak dengan kelajuan kereta Porsche.

Rupa-rupanya, dalam diam-diam, sehingga kini beliau masih aktif berkarya mencurahkan kreativiti serta kemahiran yang ada bagi memenuhi kehendak ‘kaki’ motosikal yang mahukan kelainan ketika memandu di jalan raya atau bergerak dalam kumpulan.

Ketika menjengah ke kediamannya di Seri Menanti, Kuala Pilah, mata sudah terpaku kepada kelibat tiga motosikal yang diletak di laman kerana nyata sekali apa yang ditampilkan pada motosikal itu amat ekstrim dan jarang dilihat di mana-mana.

Masuk pula ke ruang dalam rumahnya, ada dua motosikal yang dalam projek pembikinan dengan kerangka belum siap sepenuhnya, namun sudah menampakkan idea ekstrim yang mahu ditampilkan.

Tak cukup dengan itu, sekitar kawasan rumahnya, termasuk di bawah katil usang yang dijadikan tempat tidurnya kelihatan beberapa enjin kereta dan motosikal yang bakal menjadi nadi kepada ciptaan khas akan datang.

Uniknya, semua ciptaan dihasilkan kadangkala kelihatan pelik dan tak masuk akal. Bayangkan motosikal menggunakan tempat duduk basikal, ekzos berbelit dan diukir dengan pelbagai corak dan paling pelik ialah saiz atau panjangnya yang boleh diklasifikasikan sebagai melampaui kebiasaan.

Sehebat manapun semua ciptaan ditampilkan tetap tidak boleh menandingi motosikal yang menggunakan enjin kereta jenis Honda Prelude versi 1989 yang kelihatan sangat besar dan menggemparkan.

Menceritakan pengalamannya berkecimpung dalam dunia ciptaan motosikal rekaan khas, Tengku Fuazman sudah mula menyumbangkan kreativitinya sejak 1971 iaitu sejurus beliau menamatkan alam persekolahan dan pada awalnya sekadar mengubah suai motosikal milik rakan rapat di sekitar kampungnya.

“Ketika itu dunia dilanda demam motosikal jenis ‘chopper’ dan kebanyakan peminat kenderaan dua roda itu mahukan kelainan dalam reka cipta motosikal peribadi mereka. Tambahan, dengan kemunculan filem ‘Easy Rider’, demam itu terus menjalar sehingga ke negara ini.

“Pada ketika itu, saya bekerja sebagai kapten kapal dan banyak menjelajah ke seluruh dunia. Saya tidak pernah mempelajari asas mencipta motosikal tetapi atas minat kepada kerja pertukangan dan pengalaman melihat hasil ciptaan kenderaan di Amerika Syarikat, saya cuba mencipta kelainan dalam ciptaan saya.

“Ternyata, ciptaan saya mendapat permintaan tinggi terutama daripada peminat luar negara. Banyak ciptaan saya dijual kepada mereka sebelum akhirnya saya kembali ke tanah air pada 1996, itupun atas permintaan salah seorang pemimpin negara yang mahukan saya meneruskan kreativiti di negara ini pula,” katanya.

Namun, katanya, kerana salah faham, permintaan untuk mengembangkan kreativiti di negara ini tidak mampu diteruskan lantaran sebenarnya beliau diminta mencipta motosikal dengan enjin 150cc sedangkan minatnya lebih terarah kepada motosikal berkuasa tinggi melebihi 1,000cc.

Beliau yang sebenarnya langsung tidak meminati dunia permotoran berkata, ketika di Amerika Syarikat, beliau mampu menyiapkan dua motosikal dalam setiap kunjungannya ke sana sedangkan di negara ini, sejak 1996, beliau hanya mampu membina sekitar 43 motosikal kerana kesukaran mendaftarkan kenderaan itu di sini.

“Di Malaysia, saya tidak pernah mempromosikan ciptaan saya. Tanpa promosi, saya masih menerima pelanggan kerana seperti hobi lain, peminat motosikal rekaan khas pasti tahu di mana boleh mendapatkan ciptaan sebegini, walaupun beroperasi di ceruk kampung.

“Kebanyakan tempahan di sini datangnya daripada individu yang menyertai sesuatu kumpulan. Ada lelaki dan wanita, malah dua motosikal menggunakan enjin jenis Virago 535 yang sedang saya siapkan adalah milik dua wanita dari satu kumpulan di Kuala Lumpur,” katanya.

Tengku Fuazman berkata, sebarang tempahan yang datang daripada peminat luar negara akan disiapkan di sebuah rumah kenalannya di Songkhla, Thailand kerana ia memudahkan proses penghantaran apabila ciptaan disiapkan.

Mengenai harga sebuah motosikal ciptaannya, beliau berkata, dengan modal yang sangat minimum, malah lebih rendah daripada sebuah motosikal Honda EX5, beliau mampu menjualnya pada harga serendah RM10,000 hingga RM200,000 bergantung kepada kesukaran pembuatannya.

“Modal saya tak tinggi. Untuk membuat kerangka, saya hanya membelanjakan sekitar RM100 saja dan enjinnya boleh diperoleh di kedai terpakai. Harga enjin bergantung kepada jenisnya. Biasanya sekitar RM400 hingga RM3,000 saja.

“Sebuah motosikal boleh disiapkan dalam tempoh tiga minggu hingga tiga bulan. Biasanya apa saja permintaan pelanggan akan dipenuhi. Cuma jika saya berasakan ia tidak sesuai, saya akan memberi cadangan dan membuat sedikit pengubahsuaian,” katanya.

Berkongsi ragam pelanggannya, katanya, bukan sekali dua beliau tertipu lantaran ada pelanggan yang hanya menempah menggunakan modal ‘air liur’ dan apabila ia disiapkan, motosikal itu tidak diambil.

“Saya banyak melayan angan-angan orang. Mereka datang dengan kereta mewah dan mahu saya buat motosikal rekaan khas tapi apabila modal sudah saya keluarkan dan ciptaan itu siap, tak ada sesiapa datang menuntutnya. Akhirnya ia tersadai dan jadi besi buruk saja,” katanya.

Lantaran kesukaran untuk meneruskan minatnya di negara ini, beliau kini sedang berura-ura untuk berhijrah ke Amerika Syarikat yang katanya boleh menjadi lubuk kepadanya memperkembangkan bakatnya selama ini.
 
nak tanya..kenapa cc tak setinggi mcm kereta..lagi careee...4 piston pon berdesup apatah lagi 1 piston..
 
Back
Top
Log in Register