BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Modern Warfare 2 'serang' dunia

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
SAN FRANCISCO 8 Nov. - 'Modern Warfare 2' akan mula 'menyerang' seluruh dunia pada Selasa ini dan ia ditunggu-tunggu oleh pencinta francais, permainan video pertempuran lakon peranan (RPG) terkenal ini.

Pengeluar permainan video, Activision Blizzard percaya siri keenam francais 'Call of Duty' ini akan menjadi pelancaran industri hiburan paling hebat pada tahun ini dan mengalahkan filem-filem terkenal Hollywood.

Activision menjangkakan 'MW2' akan mendapat sambutan hangat yang mengatasi margin operasi sebelum ini. Tempahan awal permainan video berharga AS$60 (RM204) ini saja sudah mencatat rekod tertinggi dalam sejarah syarikat itu.

"Kita sudah mendapat bayangan yang ia 'membuli' pesaing lain apabila mereka menunda tarikh pelancaran berbanding berhadapan dengan risiko bertembung tempoh pelancaran sama.

"Secara mudah, sekiranya anda membeli satu permainan video untuk perayaan Hanukkah atau Krismas kali ini, ia adalah pilihan berbaloi," kata seorang pakar dalam laman web Digital Trends, Scott Steinberg.

Penganalisis menjangka 'Modern Warfare' akan memberi kehidupan baru kepada industri permainan video yang menghadapi penyusutan akibat keadaan ekonomi global dan kekurangan pelancaran permainan baru.

Jualan permainan video di Amerika Syarikat menunjukkan peningkatan pada September lalu, sekali gus memecahkan tempoh kerugian selama enam bulan.

Jumlah jualan perlu melonjak dalam baki bulan dalam tahun ini untuk menyamai jualan pada tahun lalu. - AFP
 
urm x minat sgt genre fps nie
 
yeszaaaa.... tak sabar nak me......download :))

game COD memang best dari dulu lagi..
 
wahh...aku x sabar nak tunggu game nie...
mngkin aku tunggu versi cracknya kot....
game ori try cari yg jual license je....hehe
 
memang terbaik game nie...yg mw b4 ni aku dah main...memang gempak....
 
aku peminat antara peminat no 1 First person Shooter.. >:) >:) >:)
 
Buat masa ni, para pedownload mesti nangis nak main game nih.. pasal protection game nih melibatkan steam yang selitkan fail activation semasa proses activation... jadi kene tunggu la proper crack release... tak pun, kalo mampu, beli yang ori...

Setakat ni, group razor ngan skidrows je baru kuar... razor punya crack, mak aih... compicated..
 
Buat masa ni, para pedownload mesti nangis nak main game nih.. pasal protection game nih melibatkan steam yang selitkan fail activation semasa proses activation... jadi kene tunggu la proper crack release... tak pun, kalo mampu, beli yang ori...

Setakat ni, group razor ngan skidrows je baru kuar... razor punya crack, mak aih... compicated..

nazwa. nanti2 sharing la dkt torrent jwg na kalau dah dapat skali crack yg tak complicated..:)paid

sharing is caring :D

COD COD COD COD COD COD COD COD COD COD COD COD COD
 
xlyn la fps....
skrg tgh lyn Dragon Age: Origin.
best!
:D:D:D:D
 
Back
Top
Log in Register