eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
SYDNEY - Seorang model majalah bogel Playboy, Brandi Brandt dinamakan sebagai salah seorang daripada anggota sindiket penyeludupan kokain, lapor sebuah akhbar semalam.
Anggota sindiket itu diketuai oleh anggota kumpulan peluncur Bra Boy, Wayne Cleveland manakala kokain tersebut diseludup dengan menggunakan katerer di Lapangan Terbang Sydney.
Butiran operasi sindiket antarabangsa itu yang melibatkan Brandt yang mendapat gelaran rakan sepermainan Playboy pada tahun 1987 itu didedahkan dalam dokumen Polis Persekutuan Australia.
Brandt pernah berkahwin dengan anggota kumpulan muzik Motley Crue, Nikki Sixx.
Imej Cleveland yang mengetuai operasi penyeludupan itu dan Brandt dapat dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Hotel Swiss Grand di pantai Bondi di sini.
Gambar itu dirakamkan selepas Brandt tiba bersama seorang rakannya yang merupakan pelakon kelas B, Rusty Setser di Australia dengan menggunakan syarikat penerbangan United Arlines.
Kokain bernilai A$ 1.6 juta (RM4.84 juta) ditemui tersembunyi dalam tong sampah sebuah tandas pesawat itu.
Brandt yang berumur 43 tahun dan Setser bertanggungjawab memastikan kokain itu diletakkan di dalam kabin pesawat.
Setakat ini, Setser dan Brandt masih belum ditangkap. - Agensi