BTC USD 81,438.1 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Model Inspira Proton Terima 1,100 Tempahan

highway

Active+ Member
Messages
4,418
Joined
Oct 17, 2009
Messages
4,418
Reaction score
298
Points
46
Model Inspira Proton Terima 1,100 Tempahan

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Proton Holdings Bhd (Proton) telah menerima lebih 1,100 tempahan bagi model terbaharunya, Inspira, menjelang pelancaran sedan eksekutif empat pintu itu pada 10 November ini.

Pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataan Isnin berkata bilik pamerannya di seluruh negara telah menerima banyak pertanyaan daripada pembeli kereta dan ramai yang telah membuat bayaran tempahan RM1,000 bagi kenderaan tersebut sejak pelancaran awalnya pada 21 Oktober.

"Minat yang begitu tinggi yang ditunjukkan sejak kami mengumumkan pengenalan model baharu itu sudah pastinya merupakan petunjuk yang pembeli menyukai kereta tersebut," kata Pengarah Urusan kumpulan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Beliau berkata Inspira dibangunkan bersama oleh Proton dengan Mitsubishi Motor Corporation dari Jepun di bawah satu kerjasama strategik baharu.

"Kerjasama strategik baharu dengan Mitsubishi itu adalah berdasarkan kepada asas pertukaran pengetahuan, dan membawa Proton ke tahap tinggi baharu di mana kami mendapat faedah dari segi teknologi dalam usaha kami berkembang beransur-ansur menjadi pengeluar kereta global," katanya.

-- BERNAMA
 
aku tgk pamplet kedai keta...1000 unit pertama CBU from japan..betul ke ek....
 
aku pun berminat...tapi dah beli keta...yg ni mahal la pulak...
 
best mereka2 yang dah tempah ... tu :))
 
aku nak jual emblem lancer kt owner inspira laa..hahahaha...
 
lopeh ni bersepah la lancer kek jalan rayo..
 
Back
Top
Log in Register