BTC USD 81,561.3 Gold USD 4,084.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Model Colombia ditahan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
BUENOS AIRES, Argentina 27 Mei - Model Colombia, Angie Sanclemente Valencia (gambar) yang dituduh mengetuai kumpulan pengedaran dadah menggunakan wanita muda cantik untuk menyeludup kokain ke Mexico ditahan semalam selepas 'mengelak diri' daripada buruan polis selama lima bulan.

Valencia, 30, yang bersembunyi di Buenos Aires sejak Disember tahun lalu, selepas polis lapangan terbang menangkap seorang wanita rakyat Argentina berusia 21 tahun bersama-sama 55 kilogram kokain di dalam bagasinya ketika dia menaiki penerbangan ke Cancun.

Penangkapan itu menyumbang kepada penahanan enam lagi anggota kumpulan itu yang mengaitkan peranan bekas 'ratu kopi' Colombia itu sebagai ketua kumpulan.

Media Argentina menggelar Valencia sebagai 'Narco Queen', namun dua pegawai polis yang terlibat dengan kes itu memberitahu The Associated Press bahawa peranan sebenar Valencia dalam kumpulan berkenaan masih belum diketahui.

"Ketika mereka mengatur pengedaran kokain ke Mexico, dia sedang menyertai mesyuarat," kata seorang daripada sumber.

Menurut jurucakap polis lapangan terbang, Maximiliano Lencina, model itu ditangkap di sebuah asrama penduduk asing yang terletak di kawasan mewah.

Bagaimanapun, Lencina enggan memberitahu bukti yang diperolehi dengan hanya menyatakan bahawa Valencia 'menjadi peranan penting dalam kumpulan itu' yang meyakinkan wanita muda Argentina yang cantik bertindak menyeludup kokain melalui penerbangan ke Cancun.

Polis mengesan Valencia masih berada di Argentina ketika dia menyatakan dirinya tidak bersalah di laman sosial Facebook, memasukkan gambar di Bunos Aires selepas Interpol mengeluarkan waran untuk penahanannya dan ibunya, Jeannette Valencia yang tiba di negara ini beberapa minggu lalu untuk membantu membela dirinya.

"Dia bukannya pengedar dadah atau ketua kokain.

"Ada niat jahat, rancangan untuk mengenakannya. Dia akan membuktikan dia tidak bersalah," kata ibunya kepada wartawan selepas polis menahan Valencia dan menghalangkan daripada memasuki bilik anaknya itu. - AP
 
"Ada niat jahat, rancangan untuk mengenakannya. Dia akan membuktikan dia tidak bersalah,"

macam kes sorang artis kat negara kita je ni. hehehhee. :D
 
BUENOS AIRES, Argentina 27 Mei - Model Colombia, Angie Sanclemente Valencia (gambar) yang dituduh mengetuai kumpulan pengedaran dadah menggunakan wanita muda cantik untuk menyeludup kokain ke Mexico ditahan semalam selepas 'mengelak diri' daripada buruan polis selama lima bulan.

mane gambar die eboss??makan sorg ek...:))
 
Back
Top
Log in Register