BTC USD 84,484.3 Gold USD 4,274.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Modal RM5000, cadangan berniaga apa?

anieomar

Freshie
Messages
9
Joined
Sep 17, 2014
Messages
9
Reaction score
0
Points
3
Assalamualaikum semua..

Kalau ada modal RM5000.00, apa produk / jenis bisnes online @ offline yang boleh dibuat? Boleh kawan2 bagi idea? tak kisah apa jenis produk / bisnes online @ offline.. Nak tgk senarai idea ya.. TQSM :D
 
if biz offline
kena ikut minat jgk nak berniaga apa...
kena maintain pelanggan bleh mai pukul brp dan waktu bila...
tak bleh ikut suka...nak bukak bila..tutup bila..
hat tu yg penting...
bkn senang nak maintain pelanggan tetap

kebanyakan pelanggan...mai celup2 ja...
beli sekali..lps tu ..tak syok..terus tak mai beli dah ::(( :p
 
tumpang park tt

The message you have entered is too short. Please lengthen your message to at least 10 characters.
 
wat booth vendor..msuk event2 kt U..modal kos peralatan & marketing..caj sewa ikut ruang or peralatan..cth kalo tapak 10x20 bleh muat 8 vendor, caj sorg rm400 da ade rm3200..nk trk crowd ke booth..jual topup, wat free gift, wat spinning wheel, wat banner, balloon..something yg different & menarik..nnt vendor2 yg puas ati akn follow kte..:)cgrock
 
Banyak sngat dah thread typical cmni... kalo modal xxx, sesuai berniaga apa/nak buat apa/nak invest kat mana... bleh search je... xyah bukak thread baru

Tahniah juga kpd warga cg kerana tak jemu2 menjawab soklan yg sama :eek:
 
thread macam ni ending dia semua promote produk masing2
 
ok sebenarnya nak meniaga apa jangan tanya orang apa yang kita nak niagakan

Tapi tanyakan diri anda apa yang kita sukakan

contoh bro suka makan

Fokus biz makanan

atau bro suka kosmetik

fokus kosmetik

Bagi saya zaman sekarang modal kecik pun boleh dah buat biz

yang penting ada kesungguhan nak belajar dan fahami biz

tak boleh putus asa

saya kalau ada rm5,000 habiskan untuk iklan biz la
 
Dah dapat produk yang dicari?

Assalamualaikum semua..

Kalau ada modal RM5000.00, apa produk / jenis bisnes online @ offline yang boleh dibuat? Boleh kawan2 bagi idea? tak kisah apa jenis produk / bisnes online @ offline.. Nak tgk senarai idea ya.. TQSM :D

Jom dengar cerita saya.

Lepas dok perhati online business setahun lebih ni, kesimpulan saya...saya pun teringin nak jadi agent online. Saya suka sangat nak buat business online.

Saya study pasaran dan sedar yang minat saya tertumpu kepada tudung and produk kecantikan.

Sayangnya, kebanyakan owner tudung branded tak layan request saya nak jadi agent. Jadi saya source sendiri tudung2 macam yang dijual kat online shops tu. Quality, rupa, material semua sama. Tapi tewas pulak sebab takde branding dan takde tenaga marketing.

Tapi kan...lepas survey2, majoritinya margin tak banyak sebab banyak persaingan menyebabkan price wars. Cuma yang ada strong brand dan buat banyak marketing aje yang tak terkesan dengan price wars ni. Mungkin itulah juga sebabnya owner2 tudung branded tak layan saya. Mereka pun last2 drop harga daripada RM70 ke RM30 iaitu hampir sangat dengan harga kos. Mana mungkin nak support agent, apatah lagi nak share margin dia yang dah tipis tu dengan agent.

Kemudian saya alih perhatian kepada produk kecantikan. Banyak jenis dalam pasaran. Soalan saya kepada diri... Nak OEM produk sendiri atau jadi agent untuk produk yang memang dah terkenal? Buat produk sendiri memanglah menarik. Tapi saya tak ada pengalaman dan sumber kewangan yang besar untuk marketkan produk sendiri. Persaingan dalam area produk kecantikan pun sangat-sangat hebat. Kesimpulannya, jadilah agent untuk produk kecantikan yang dah sedia ada & yang mempunyai exposure yang baik disebabkan marketing plan yang kukuh. Tapi, tak semua yang nak betul2 cari and kembangkan karier agent dia. Terpaksalah saya buat kajian mendalam.


Tiga kriteria yang saya cari dalam memilih company yang saya nak join sebagai agent:

1. Company tersebut mesti mempunyai pelan perniagaan yang kukuh. Ada misi dan visi yang bagus. Ada pelan yang kukuh, boleh dicapai dan ada tunggak management yang berdayasaing untuk mencapai pelan dia. Kenapa? Sebab kita nak jadi agent dengan company yang kita yakin kuat dan akan terus berkembang. Kalau kita tak nampak masa depan dia, macamana kita nak nampak masa depan cemerlang dan jodoh yang panjang dengan dia?

2. Mesti ada demand untuk produk tersebut. Dan company tersebut mesti mempunyai kewangan yang kukuh untuk berterusan mencipta keghairahan terhadap produk mereka. Persaingan juga mestilah tidak terlalu banyak dan kalau ada, tidaklah sekukuh company yang kita nak join tu.

3. Mesti ada support yang baik, sistematik dan tersusun untuk agent supaya sama-sama boleh berkembang dan maju. Bukan kira untung dia saja. Kita agent ni mesti boleh nampak future kita dengan dia akan ke mana. Ada training tak? Ada insentif2 menarik tak? Ada channel komunikasi yang luas tak antara HQ dan kita? Dia pupuk kita tak? Sebab kita kalau boleh, nak jadikan ini satu karier dan sumber pendapatan yang berpanjangan, berkembang dan sukses. Tak nak lah sekejap jadi agent untuk company A, kemudian tukar jadi agent untuk company B, C, etc... Kredibiliti kita di mata pelanggan pun akan jatuh sebab macamana nak fokus kan? Pelanggan pun confused.

Akhirnya saya dah jumpa satu produk dari syarikat yang menepati kriteria2 saya. Alhamdulillah. Tiga kali saya bermesyuarat dengan management mereka. Macam2 soalan saya ajukan. Daripada produk knowledge, kepada daily operations, kepada annual performance, kepada sistem untuk agent, training structure, pelan induk 2018...macam-macam saya tanya. Jawapan2nya memuaskan. Apa yang mereka tak pasti (tak banyak), mereka cuba dapatkan untuk saya. Kagum saya.

Pesaing mereka semua OEM. Produk company yang saya pilih ni pulak...diformulasi dan dikilangkan sendiri (kualiti pun jadi terjamin), guna bahan2 100% organik. Ada struktur yang baik dan sistematik untuk memupuk, beri sokongan dan membangunkan agent. Dan mereka memang buat pemasaran yang konsisten dan menarik sebagai salah satu cara untuk menyokong agent.

Saya suka sangat-sangat dan memang excited nak grow dengan diaorang ni. In sha Allah, semoga Allah terus berkati usaha saya dan kurniakan saya kejayaan di dalam business ini.

Kalau dengan RM5,000 tu, untuk produk yang saya pilih ni, memang boleh sangat nak menyokong anda sebagai agent. Separuh daripada tu pun dah cukup.
 
Kalau sekadar rm5000 Tu...

Sikit sangat...Jangan beli produk untuk jual.

Meniaga goreng pisang / nasi lemak / nasi kukus / cendol /ABC /laksa / kebab / satay /ayam goreng singgit/ mcm Tu je.

Bahagi 2bahagian duit tu.rm5000.00 Tu cukup2 je untuk meniaga mcm Tu.

Lagipun...pusingan cepat(bila dah terkenal)
 
Back
Top
Log in Register