BTC USD 84,448.2 Gold USD 4,141.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mod: Tolong delete thread ini

jadi, dulu pada tahun 1970an hanya kerana UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC digelar Parti Kufur..skrg nie kenapa lain pula?????

Jadi, orang beragama sahaja boleh menghukum dan kemudian menukar ikut selera politik??

Masalahnya adalah mereka yang belajar agama tetapi salah guna pun ramai...dan ada diantaranya kita tidak tau..

Dunia akhir zaman..Ulama public/politik tidak semestinya bagus..hakikatnya mereka tidak lari dari kesilapan dan hakikatnya masyarakat kita lebih menghormatkan manusia yang bergelar Ulama lebih daripada Allah SWT secara tidak disedari....akibatnya, mereka terlari tauhid..moga Allah melindungi kita daripada itu...

Itulah hakikatnya..kita secara tidak secara sedar lebih "mengimamkan" manusia lebih daripada Allah SWT.

Ulama politik tidak semestinya bagus tapi lebih bagus dari kau dik. Mereka berijtihad melalui majlis syura, bukanya ijtihad orang awam seperti kamu.

ps; kawen le dik,,,ko marah2 kat forum ni lain macam nampaknya. dah kawin hidup tenang.
 
Salah tu...ramai je orang UMNO masuk tareqat/hakikat/makrifat.....TT cakap secara general tetapi kau masih berfikir dari segi puak...

Tapi, sedihnya kau masih berfikir dari segi puak/parti...

Kalau kau cakap macam ini kepada mereka yang tidak pakai tudung dan tak nak simpan janggut maka adakah orang akan mendengar nasihat kau atau mereka akan membenci kau? Adakah ini cara Nabi SAW?

Jangan cakap pasal ilmu hakikat, makfrifat sebarangan...kalau kau belajar betul2 maka kamu sepatutnya tidak akan berfikir sebegini kerana mereka tidak akan menghukum....

Tudung ni wajib, bukan aku suruh tetapi nabi suruh dan ia perintah Allah:)paid kalau ko taknak pakai takpe, setiap mata yang memandang aurat ko tu ko dapat dosa.:)paid
 
Sabda Nabi SAW, maksudnya; “Dua golongan dalam umatku, apabila mereka baik, maka baiklah seluruh manusia dan apabila mereka rosak, maka seluruh umat turut menjadi rosak. Mereka ialah para umara’ (pemimpin) dan ahli feqh (ulama)” –(Riwayat Ibnu Abdil Bar dan Abu Naim).

Dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda lagi, maksudnya; “Ditimpa kecelakaan ke atas umatku berpunca daripada ulama mereka yang telah jahat” –(Riwayat Al Hakim). Imam Al Ghazali di dalam Ehya’ Ulumuddin ketika mengulas hadis di atas berkata; “Punca kerosakan akhlak rakyat dalam sesebuah negara ialah kerana para pemimpin mereka telah rosak. Punca pemimpin mereka rosak ialah kerana para ulama mereka juga telah rosak”. Berdasarkan keterangan di atas, jelaslah bahawa, bila para pemimpin negara rosak akhlak, dengan rasuah, politik wang, skendal seks, jatuh menjatuh, tuduh menuduh sesama sendiri, pecah amanah, gila dunia, gila pangkat, zalim dan sebagainya. Semantara para ulama’ pula, yang peranannya menasihat dan memimpin para umara’, bila mereka tidak melaksanakan tanggungjawabnya, mereka juga terlibat dengan krisis, mengutuk dan mengecam, gila dunia dan gila pangkat dan lain-lain, maka tidak hairan rakyat dan orang awam turut sama megikut jejak langkah mereka. Bahkan bertindak lebih ganas lagi.
 
Bila keadaan umat ini makin kusut, bagaimana kita yang hidup di zaman ini hendak menghadapinya. Dalam hal ini Allah SWT sendiri dalam sebuah hadis qudsi telah menunjuk jalan kepada hamba-Nya, maksudnyal

“Firman Allah; Aku adalah Allah yang tiada lagi Tuhan selain Aku. Aku adalah Pemilik segala-galanya dan Raja bagi segala raja. Sesungguhnya hati segala raja dan pemimpin adalah dalam tangan (kekuasaan) Aku. Sesungguhnya apabila hati segala rakyat taat kepada Aku, maka ketika itu Aku akan merubahkan hati segala raja dan pemimpin negara menjadi lemah-lembut dan mencurah rasa kasih sayang kepada mereka. Tetapi apabila hati rakyat mula berpaling daripada Aku (tidak taat dan derhaka), maka Aku akan merubahkan hati segala raja dan pemimpin negara menjadi kejam dan zalim terhadap mereka. Mereka ditimpa siksaan yang amat berat. Oleh itu, janganlah (rakyat) cuba untuk menentang raja-raja dan para pemimpin mereka. Sebaliknya, apabila mereka melihat raja dan pemimpin mereka zalim, maka hendaklah mereka perbanyakkan berzikir dan mengingati Aku dan terus menerus mentaati perintah Aku. Maka urusan menangani sikap raja dan pemimpin mereka adalah di tangan Aku” –(Riwayat At Tabrani dan Abu Darda’).

Kesimpulan daripada keterangan-keterangan di atas, fahamlah kita bahawa punca permimpin bertindak zalim ke atas rakyat, ialah sebagai salah satu bala’ yang Allah datangkan berpunca daripada rakyat sendiri yang telah derhaka kepada Allah.

Langkah untuk mengatasi dan berhadapan dengan pemimpin zalim bukan dengan cara hawa nafsu yang disaluti oleh sifat mazmumah, iaitu bukan dengan menentang dan menjatuhkannya, tetapi dengan cara apa yang dinasihatkan oleh Rasulullah SAW, sepertimana hadis di atas, iaitu rakyat hendaklah kembali taat dan mematuhi perintah Allah, sehingga menjadi golongan orang benar-benar beriman dan bertaqwa.

Nanti Allah akan menurunkan pertolongan dan dihantarkan pemimpin yang adil mengantikan pemimpin yang zalim itu. Ertinya selagi umat Islam tidak benar-benar beriman dan bertaqwa serta mengamalkan Islam secara syumul, maka selama itu Allah tidak munculkan atau memberi kemenangan kepada pemimpin yang adil yang bersifat kasih sayang kepada rakyat. Jika tidak mengamalkan perintah ALLAH, nescaya wujud kekacauan dan huruhara.
 
Tudung ni wajib, bukan aku suruh tetapi nabi suruh dan ia perintah Allah:)paid kalau ko taknak pakai takpe, setiap mata yang memandang aurat ko tu ko dapat dosa.:)paid

Kau kena belajar cara dan hikmah berdakwah...
Banyak kursus...dan kamu kena banyak bergaul lagi..

Jantina aku pun salah...aish..jadi, apa2 yang kau cakap itu tidak relevann lagi saudara...

Jika tiada ilmu, jangan bercakap sebarangan. Adalah tidak elok.
Kalau ada ilmu pun, belajar lah cara berdakwah cara Nabi SAW.
Jika pada hari akhirat nanti, orang yang dengar pendapat kau macam ini mengatakan bahawa dia tak nak berdakwah kepada saya dengan hikmah pun boleh tau...jangan memain....

Aku confirm tak cukup ilmu..
Jantina aku pun kau salah..
 
Ijtimak pondok itu mmg perbincangan berkenaan politik utk menyatakan sokongan kpd pas...mg itunijtimak politik...mmg jelas itu perjumpaaan politik.
Alah ke mendedahkan kesalahan umno.atau kesalahan umno itu kena tutup rapat2?

Ea, ingatkan pasal nak bincang ugama2 ke apa ke. Sebab tajuk ijtimak tu bukan tajuk ijtimak politik. Tetapi baguslah ijtimak ni. Membuka minda...jadi,kita sokong Islam! :)
 
Ulama politik tidak semestinya bagus tapi lebih bagus dari kau dik. Mereka berijtihad melalui majlis syura, bukanya ijtihad orang awam seperti kamu.

ps; kawen le dik,,,ko marah2 kat forum ni lain macam nampaknya. dah kawin hidup tenang.

Sama ada siapa yang lebih bagus hanya Allah maha mengetahui..kerana di dalam Al-Quran tiada dinyatakan Ulama Politik lebih bagus...

Jadi, adakah kau lebih bagus dari Ulama Politik?

Padahal, adanya pesanan bahawa kita perlu berhati2 dengan Ulama Akhir Zaman...

Jadi, kau lebih mengetahui situasi dalaman politik...

PS: Umur kau berapa? bawah 30 tahun? atau bawah 25 tahun? Kenal aku pun tidak..sama ada aku dah kahwin atau tidak?

PSS: Guru kau tak pernah bagi tau ker jangan bicara hal2 seperti hakikat,tareqat dan makrifat di luar?? Dan memang betul orang UMNO tak masuk tariqat, hakikat dan makrifat?

PSSS: semua analisis kau pasal aku salah..adakah kau diajar ilmu yang salah? Kenapa kau tiada kesabaran bila nak berdakwah dengan aku yang lebih bagus daripada kau? Dalam ilmu hakikat dan makrifat, aku ada dgr bahawa perlunya hikmah dalam penyampaian tetapi bukan kesombongan..dan juga boleh menerima teguran dengan hati terbuka..
 
Sama ada siapa yang lebih bagus hanya Allah maha mengetahui..kerana di dalam Al-Quran tiada dinyatakan Ulama Politik lebih bagus...

Jadi, adakah kau lebih bagus dari Ulama Politik?

Padahal, adanya pesanan bahawa kita perlu berhati2 dengan Ulama Akhir Zaman...

Jadi, kau lebih mengetahui situasi dalaman politik...

PS: Umur kau berapa? bawah 30 tahun? atau bawah 25 tahun? Kenal aku pun tidak..sama ada aku dah kahwin atau tidak?

PSS: Guru kau tak pernah bagi tau ker jangan bicara hal2 seperti hakikat,tareqat dan makrifat di luar?? Dan memang betul orang UMNO tak masuk tariqat, hakikat dan makrifat?

PSSS: semua analisis kau pasal aku salah..adakah kau diajar ilmu yang salah? Kenapa kau tiada kesabaran bila nak berdakwah dengan aku yang lebih bagus daripada kau? Dalam ilmu hakikat dan makrifat, aku ada dgr bahawa perlunya hikmah dalam penyampaian tetapi bukan kesombongan..dan juga boleh menerima teguran dengan hati terbuka..

Umo aku 40 anak aku besor ko kut:)paid. Firasat aku ko belum kawin lagi, sebab tu ko garang.:)paid

Berhati2 ngan ulamak akhir zaman, betul. Tapi jika syariatnya mereka patuh kita haram menolak mereka:)paid Apatah lagi jika mereka terdiri dari golongan Al-Hafiz. Ko al hafiz ke dik ?:)paid

Takda istilah ulamak politik,,,barang siapa yang memisahkan politik dengan agama maka ia mempersetujui bahawa islam tidak lengkap:)paid Sekulerisme le dik oii
 
Back
Top
Log in Register