BTC USD 81,599.7 Gold USD 4,000.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mod: Tolong delete thread ini

Ambo pun sebenarnya tak suka UMNOBN yang asalnya ambo adolah pengikut PAS.. tapi kerana memikirkan kebangkitan DAP/PKR yang boleh mengganggu gugat kebebasan orang2 Islam beribadat serta laungan azan dan bacaan al Quran yg dihalang.. AMBO PEJAM MATA terpaksa undi UMNO/BN walaupun sedar UMNO BN bukanlah LEBAI dan kebanyakkan mereka hanyalah setakat belajar fardhu ain.. tu pun bukan semua yg TAMAT belajar
 
Bro, sekarang kita hanya ada 2 pilihan.
dan kita sedar sapa yg benar2 nak perjuangkan kebenaran dan mendaulatkan Islam atau sekadar bermain tarik tali...
aku sbg org yg mengaku Islam dan ditakdir lahir di bumi Malaysia ni, jauh disudut hati nak lihat Islam itu megah di bumi Malaysia seterusnya berkibar ke seantero dunia.
so... cakap2 begini aku rasa tade manfaat, melambatkan proses kebangkitan, akhirnya persoalan tetap tergantung sampai kita suma mati.

kita sokong kerana ingin lihat sesuatu yg lebih baik dari sebelumnya, perkara yg akan berlaku dimasa hadapan kits serah pada Tuan punya dunia.
Abad ini abad kita, abad seterusnya biarlah generasi berikutnya menentukannya.
Semoga undi yg kita buat menjadi satu jihad dan hujjah di Padang Mahsyar kelak.
 
Bagus tu.Siapalah daku untuk mengubah. Cuma, nak sedarkan masyarakat. Biar penyokong terbuka minda untuk menerima teguran. Sedangkan Ustaz Kazim tegur PAS ditohmah macam-macam. Ada yang kena buang parti. Inikan pula saya yg kerdil ini.

Tapi satu je, saya rasa tidak mengelirukan kerana saya ajak kita berfikir. Di kalangan kita je... :)


Alhamdulillah..rasanya smua tahu apa yg diaorang pkirkan.. smua blajar agama,smua tahu mana yang baik dan mna yg buruk..niat bro tue bgus,cakap macam nie kan bgus dripada puak2 fitnah DLL.. sya suka,tp,mgundi adalah hak masing2..smua kat sni dah tahu apa yg trbaik untuk mreka.:)
 
Alhamdulillah..rasanya smua tahu apa yg diaorang pkirkan.. smua blajar agama,smua tahu mana yang baik dan mna yg buruk..niat bro tue bgus,cakap macam nie kan bgus dripada puak2 fitnah DLL.. sya suka,tp,mgundi adalah hak masing2..smua kat sni dah tahu apa yg trbaik untuk mreka.:)

Mengundi tetap undi PAS. Yg mana nak tegakkan Islam, kita sokong.

Tapi kan. Kalau kita ada anak kecil. Anak kita nak main pisau. Kita nak bagi tak? Mestilah tak bagi. Pasai apa? Pasai kita sayang kat dia.

Macam tu saya, saya sayang kat PAS. Perjuangan ulama' PAS yg selalu dtindas oleh UMNO seperti Allahyarham Tuan Guru Hj Mustapa Pondok Pasir Tumboh dan ulama' lain yg ditangkap ISA oleh BN harus diteruskan dan jangan disia-sia kan pengorbanan mereka.

InsyaAllah. :)
 
Selagi ia PAS didokong oleh ahlinya iaitu ulamak2, alhafiz2 maka insyaallah ia akan berada di jalan yang betul.

Masaalah akhir zaman ni ialah orang bercakap tentang agama tetapi ia bukan 'ahli' agama. Mereka tidak faham agama, tidak belajar agama, tidak 'belajar' bahasa arab, tidak tahu mengaji 'al quran' dan tidak belajar hadis.

jadi, dulu pada tahun 1970an hanya kerana UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC digelar Parti Kufur..skrg nie kenapa lain pula?????

Jadi, orang beragama sahaja boleh menghukum dan kemudian menukar ikut selera politik??

Masalahnya adalah mereka yang belajar agama tetapi salah guna pun ramai...dan ada diantaranya kita tidak tau..

Dunia akhir zaman..Ulama public/politik tidak semestinya bagus..hakikatnya mereka tidak lari dari kesilapan dan hakikatnya masyarakat kita lebih menghormatkan manusia yang bergelar Ulama lebih daripada Allah SWT secara tidak disedari....akibatnya, mereka terlari tauhid..moga Allah melindungi kita daripada itu...

Itulah hakikatnya..kita secara tidak secara sedar lebih "mengimamkan" manusia lebih daripada Allah SWT.
 
Assalamualaikum wbt.

Saya ada tengok satu video Ustaz Kazim yang terbaru ni. Malas dah cari linknya. Sekadar nak luahkan perasaan selepas menonton video tersebut.

Jadi apa yang saya faham. Sokong UMNO, tolak Islam. Sokong PAS, sokong Islam.

Mengapakah persepsi ini dibentuk? Pelik dah hairan.

Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripada Islam. Jadi,mengapa kita memutarbelitkan hukum ?

Biarlah berbeza pandangan tetapi jangan sampai memutuskan silaturrahim.

Kita perlu UBAH DIRI KITA sebagaimana kita nak rakyat UBAH KERAJAAN. Selagi mana rakyat itu sendiri ZALIM, maka PEMIMPIN yg ZALIM akan NAIK.

Selagi mana rakyat tiada ILMU, selagi itu pemimpin yg JAHIL akan Naik.

UBAHLAH pemikiran kita. INIKALILAH, kita buat cara ISLAM. Junjung segala syariat Nabi. Akhlak Nabi. Islam bukan untuk sesuatu kelompok semua. Islam untuk semua.

Kalau berbicara soal fasik. Mengumpat itu fasik. Tak solat pun itu fasik. Dalam lantang kita kata orang fasik, kita mengumpat dia. Bukankah kita juga jadi fasik?

Ingat! Sokong dengan ILMU, bukan dengan semangat. Ingat! Takbiir itu dua harakat, bukan satu harakat (takbir). Hendak laung takbiir pun kena ada ilmu tajwid. Sebab itulah ILMU itu penting.

Tidak kiralah kamu parti mana sekalipun. Kamu tetap beragama Islam. Kamu bukan beragama UMNO atau PAS. Apabila kamu beragama ISlam, maka perintah Allah dan Rasul kita junjung. Bukan kita junjung perintah manusia.

Yang salah tetap salah. Yang betul tetap betul. Sombong itu perlu dijauhi. Makna sombong itu bukan pakai keta mewah, jam besar tetapi sombong itu menolak kebenaran.

Siapa kamu nak pilih. Terpulang kerana kamu sendiri yang mengangkat DEMOKRASI sebagai jalan untuk mencapai matlamat.

Jadi, biarlah DEMOKRASI itu untuk semua. Bukan untuk kelompok kamu.

Dan yakinlah, Islam itu sempurna. Allah swt akan tolong kita. Bukan DAP, bukan MCA, bukan MIC, Bukan PKR, bukan manusia yang akan bantu perjuangan ini tetapi Allah swt. Yakin dan berserahlah pada Allah swt.

Kalau kita yakin pada Allah swt, kita takkan jadi begini. Melayu Islam takkan jadi begini. Masyarakat kita takkan jadi begini. Kerana apa? Kerana hanya sesebuah ideologi,atau matlamat. Segala cara kita buat.

INi salah! Ini salah! Inikalilah kita UBAH DIRI KITA. PASti Allah swt BaNtu.

SAYA TAK SURUH ANDA SEMUA SOKONG UMNO TETAPI SAYA NAK ANDA SEMUA BERFIKIR. ANDA BOLEH BACA KOMEN2 ORANG YG SOKONG PAS TANPA ILMU.KALAU PENYOKONG PAS PUN KOMEN MACAM PENYOKONG UMNO.(YG JAHAT2 LAH). JADI, APA BEZA KITA DENGAN MEREKA?

SAYA SEBAGAI ORANG YG MENYOKONG DASAR ISLAM YG DIBAWA OLEH ALLAH SEDIH DENGAN KEADAAN INI. UMNO? TAK USAH CERITA..SEMUA ORANG DAH TAHU. KITA NAK PAS NI, YG AKAN MENUJU KEPADA PEMERINTAHAN BARU.

NAMPAK MACAM BERAT SEBELAH KEPADA PAS KAN? INGATLAH. TAK SEMESTINYA ORG PAS MASUK SYURGA, ORG UMNO MASUK NERAKA, TAK SEMESTINYA ORG UMNO MASUK SYURGA,ORG PAS MASUK NERAKA.

DALAM SURAH AL MULK TAK SILAP SAYA. ALLAH SWT JADIKAN KEHIDUPAN INI UNTUK MENGUJI SIAPAKAH DI ANTARA KITA YG BAIK AMALANNYA. INSYAALLAH.


Wallahualam.​

Terima kasih..aku belajar sesuatu dengan kau..
 
Jadi pendapat bro...BN adalah lebih baik dari PR lah..??

BN = KORUPSI, KRONISMA DAN NEPOTISMA
PR = LBGT, LIBERALISM DAN PLURALISM

bg sy semua xbaik..pilih yg kurang mudarat dr yg lebih mudarat..
 
Islam itu ada 4 unsur, syariatnya (ni ramai umno failed sebab tudung tak pakai, yang lelaki pulak taknak simpan janggut, salam laki pompuan), tareqatnya (ni lagi ramai umno tak join, terus mereka kata sesat), hakikatnya dan makrifatnya.

Salah tu...ramai je orang UMNO masuk tareqat/hakikat/makrifat.....TT cakap secara general tetapi kau masih berfikir dari segi puak...

Tapi, sedihnya kau masih berfikir dari segi puak/parti...

Kalau kau cakap macam ini kepada mereka yang tidak pakai tudung dan tak nak simpan janggut maka adakah orang akan mendengar nasihat kau atau mereka akan membenci kau? Adakah ini cara Nabi SAW?

Jangan cakap pasal ilmu hakikat, makfrifat sebarangan...kalau kau belajar betul2 maka kamu sepatutnya tidak akan berfikir sebegini kerana mereka tidak akan menghukum....
 
Buat apa nak fikir pasal mereka? Sudah terang lagi bersuluh mereka itu tiada HIDAYAH ISlAM.

Buat apa fikir pasal mereka? Saya sokong PAS. Tetapi saya sokong PAS tak bermakna saya sokong DAP dan PKR. Masing2 punya hujah.

Saya sokong kebaikan oleh UMNO. Tak bermakna saya sokong kejahatan UMNO.

Ubah pemikiran kita. Berfikir cara orang Mukmin. Cuba tanya diri kita " Mereka ni, faham tak apa yang aku faham..."

Dalam kitab Zahratul Murid karangan Syeikh Wan ALi Kutan. Mukasurat 28. Barang yang menyebabkan seseorang mati dalam keadaan keburukan. Yg keempat " Menyakiti orang Islam"

Lihat, perkara yg buat kita masih dalam suul khatimah adalah menyakiti org Islam. Selama kita dok berpolitik,ada dok kita sakitkan hati sapa2? Jom kita renung.:D

Inikalilah UBAH. :)

kau memang sokong PAS tetapi pengikut2 yang tegar tak akan dapat menerima bahawa kau menolak PKR dan DAP...mereka akan mengatakan kau sebagainya...
 
mmg kawe xnafikan dsr pas mmg islam...kalu pas bergerak sendiri tanpa pkr atau dap wallahi wabillahi watallahi kawe akn sokong pas smpai kawe mati...insyaallah...

Bkpo boh kalu ado pkr ado dap..adakah pas xleh nk memartabatkn islam dengan adanya pkr ado dap..klau dap boleh trima syiar yg di martabatkn oleh pas,kenapa tidak kt yg sudah sedia mklum islam..ko dari sudut mano demo tgk..umno..adakah umno bersendirian..umno memerintah 50 tahun dh,adakah islam betul2 dimartabatkn..jgn kta x bg pluang,50 taun dh..cba tgk calon dr pr n umno,mna yg lbh islam..ni pndngan seposen ambo lah
 
Back
Top
Log in Register