Amir Izzat
Banned
- Messages
- 1,393
- Joined
- Mar 30, 2012
- Messages
- 1,393
- Reaction score
- 24
- Points
- 25
Mana ada majlis campur laki pompuan haram ? sila bagi definisi campur tu terangkan, bercampur dalam bilik ke ? kalau tempat awam terbuka dikira haram ke ? kalau bercampur kat pasar laki pompuan tu kira haram ke ? macamana dengan urusan bercampur muamalat lelaki wanita tu kira haram ke ?
Yang dikata haram ni pergaulan bebas,,,bercampur laki pompuan tanpa batasan. Pegang sana pegang sini cuit laki pompuan,,,PAS tak pernah buat aktiviti camtu.
Muslimat pun pakai tudung labuh,,,dia pun malu nak bergaul bebas, lain le kalau UMNO tu tudung tak pakai, seksi pulak tu laki tengok pun stim.
Gitu ea? Maaflah. Saya ni jahil hukum cumanya ada ustaz kata. " Hudud ini sekatan. Jadi,sebelum buat hudud yg lebih besar. Buat dulu hudud(sekatan),jangan campur lelaki perempuan.." Asing2 majlis.
Biarlah tak berpegang tangan pun. Pakai tudung labuh pun. Cuba saudara baca ni.
i. Firman Allah yang mana Allah memerintahkan kaum muslimien (lelaki) agar menundukkan pandangan dan begitu juga kaum muslimaat:
{ قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم ويحفظوا فروجهم ذلك أزكى لهم إن الله خبير بما يصنعون وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن **
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), (dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;…)[1]
Ia menjadi dalil bahawa Allah memerintahkan supaya kaum muslimien dan begitu juga muslimat agar menundukkan pandangan mereka. Perintah Allah ini bererti wajib dan Allah menjelaskan bahawa ia adalah yang mulia dan suci. Hanyasanya Syara‘ tidak mengharamkan pandangan mendadak yang dilihat seseorang, sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Hakim dalam Mustadraknya bahawa Rasulullah telah berpesan kepada ‘Aliy:
“يا علي ، لا تتبع النظرة النظرة فإنما لك الأولى وليست لك الآخرة”
“Wahai Aliy, jangan anda susuli pandangan demi pandangan (melihat wanita), yang pertama itu sahaja (pandangan tiba-tiba terlihat, yang halal) bagi mu dan tidak (halal) bagi mu yang selepas itu”.[2]
Allah mewajibkan agar menundukkan pandangan kerana memandang kepada wanita yang haram dipandang (selain yang secara tiba-tiba) adalah Haram dan dikira Zina. Sebagaimana yang Rasulullah jelaskan:
“العينان زناهما النظر”
“Zinanya mata adalah pandangannya (melihat yang haram)” [HR Bukhariy dan Muslim].
Bilamana Syara‘ menghukumkan Haram melihat wanita (yang tidak halal bagi seorang lelaki muslim untuk melihatnya[3]) yang berlaku dengan “pandangan”, maka begitu juga “percampuran tanpa pemisahan” atau “ikhtilat - الإختلاط” antara lelaki dan wanita.
Maka jelas dengan ayat itu tadi beserta hadis-hadis tersebut, pemisahan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram adalah wajib dan bercampur baurnya mereka dalam satu majlis adalah haram. Ada banyak lagi ayat al-Quran yang membuktikan kewajipan memisahkan antara lelaki ajnabi dan wanita ajnabiyah (yakni yang bukan mahram antara satu sama lain) dan haramnya “ikhtilat - الإختلاط” melalui tafsiran ‘ulama terhadap ayat-ayat tersebut, antaranya Surah Yusuf: 23, Surah Ghaafir: 19 (riwayat Tafsiran Ibn ‘Abbaas), Surah al-Ahzab: 33.
ii. Hadis-hadis berkenaan keluarnya wanita ke masjid diperbolehkan tetapi tidak digalakkan dan rumah mereka lebih utama bagi mereka.
Sekiranya mereka keluar ke masjid sekalipun, terlarang bagi mereka untuk menjadi fitnah kepada kaum lelaki, dengan berwangian, berpakaian menarik, perhiasan yang menjadi tarikan, bercampur dengan kaum lelaki dan sebagainya. Sungguh ini dalam hal Solat, Rukun Islam yang kedua dan tunggak agama, jika untuk Solat begitu sekali Rasulullah larang wanita menjadi fitnah dan dikhuatiri jadi bercampur dengan lelaki, maka perkara yang tidak sepenting Solat, tentunya lebih utama untuk dilarang.
Contohnya hadis berikut:
“لا تمنعوا إماء الله مساجد الله ولكن ليخرجن وهن تفلات”
“Jangan kamu halang kaum wanita yang merupakan hamba-hamba Allah dari mendatangi masjid-masjid Allah akan tetapi hendaklah mereka keluar tanpa apa-apa daya tarikan (daya tarikan adalah bau harum wangian, pakaian dan perhiasan yang menarik – tafsiran Ibn Daqieq al‘Eid)”. [HR Ahmad dan Abu Dawud – Sahih – Sahih al-Jami‘: 7457]
teruskan membaca di sini.
Sebab itu saya kata, sokong dengan ILMU. Kalau saya salah, saya mohon maaf. Saya jahil.