Amir Izzat
Banned
- Messages
- 1,393
- Joined
- Mar 30, 2012
- Messages
- 1,393
- Reaction score
- 24
- Points
- 25
Mod: Tolong delete thread ini
Last edited:
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
Matlamat PAS ialah Islam, Matlamat UMNO ialah Melayu. Nampak tak ?

tanye ustaz azhar mana yg lebih beri peluang beri ceramah??
Jadi pilihlah calon jgn pilih parti.tapi kalo xkenal calon pilih la parti ,tapi kalo xde parti pilihlah sekutunye.
Undilah jgn ikut emosi dan org lain ikut kehendak kita.sbb undi itu rahsia.
Betul. Tetapi matlamat Islam nampak tak?
![]()
Assalamualaikum wbt.
Saya ada tengok satu video Ustaz Kazim yang terbaru ni. Malas dah cari linknya. Sekadar nak luahkan perasaan selepas menonton video tersebut.
Jadi apa yang saya faham. Sokong UMNO, tolak Islam. Sokong PAS, sokong Islam.
Mengapakah persepsi ini dibentuk? Pelik dah hairan.
Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripada Islam. Jadi,mengapa kita memutarbelitkan hukum ?
Biarlah berbeza pandangan tetapi jangan sampai memutuskan silaturrahim.
Kita perlu UBAH DIRI KITA sebagaimana kita nak rakyat UBAH KERAJAAN. Selagi mana rakyat itu sendiri ZALIM, maka PEMIMPIN yg ZALIM akan NAIK.
Selagi mana rakyat tiada ILMU, selagi itu pemimpin yg JAHIL akan Naik.
UBAHLAH pemikiran kita. INIKALILAH, kita buat cara ISLAM. Junjung segala syariat Nabi. Akhlak Nabi. Islam bukan untuk sesuatu kelompok semua. Islam untuk semua.
Kalau berbicara soal fasik. Mengumpat itu fasik. Tak solat pun itu fasik. Dalam lantang kita kata orang fasik, kita mengumpat dia. Bukankah kita juga jadi fasik?
Ingat! Sokong dengan ILMU, bukan dengan semangat. Ingat! Takbiir itu dua harakat, bukan satu harakat (takbir). Hendak laung takbiir pun kena ada ilmu tajwid. Sebab itulah ILMU itu penting.
Tidak kiralah kamu parti mana sekalipun. Kamu tetap beragama Islam. Kamu bukan beragama UMNO atau PAS. Apabila kamu beragama ISlam, maka perintah Allah dan Rasul kita junjung. Bukan kita junjung perintah manusia.
Yang salah tetap salah. Yang betul tetap betul. Sombong itu perlu dijauhi. Makna sombong itu bukan pakai keta mewah, jam besar tetapi sombong itu menolak kebenaran.
Siapa kamu nak pilih. Terpulang kerana kamu sendiri yang mengangkat DEMOKRASI sebagai jalan untuk mencapai matlamat.
Jadi, biarlah DEMOKRASI itu untuk semua. Bukan untuk kelompok kamu.
Dan yakinlah, Islam itu sempurna. Allah swt akan tolong kita. Bukan DAP, bukan MCA, bukan MIC, Bukan PKR, bukan manusia yang akan bantu perjuangan ini tetapi Allah swt. Yakin dan berserahlah pada Allah swt.
Kalau kita yakin pada Allah swt, kita takkan jadi begini. Melayu Islam takkan jadi begini. Masyarakat kita takkan jadi begini. Kerana apa? Kerana hanya sesebuah ideologi,atau matlamat. Segala cara kita buat.
INi salah! Ini salah! Inikalilah kita UBAH DIRI KITA. PASti Allah swt BaNtu.
Wallahualam.