BlueDream
Legendary Member

- Messages
- 12,911
- Joined
- Apr 11, 2007
- Messages
- 12,911
- Reaction score
- 61
- Points
- 120
tentang istawa tu, saya dah tegakkan hujah saya atas saudara. Tugas saya di situ sudah selesai. Semoga Allah mengurniakan hidayahNya kepada kita semua.
Maksud saya ... saya cuba ingatkan bagaimana cara bro menangani pertanyaan yg saya kemukakan.
Mula2 bro bagi artikel yg mengatakan "Allah jauh di atas arsy"
Kemudian saya tanya apa yg bro faham tentang pernyataan tu
Bro jawab baca artikel tu sendiri
Kemudian saya minta penjelasan lagi... apa yg bro faham... adakah "di luar atau di dalam"
Bro tak jawab apa2... selama beberapa kali
Jadi maksudnya disini saya tak mampu faham apa yg bro faham kerana "Allah jauh di atas arsy" seolah2 "di luar".
Kerana itu saya tanya beberap kali. Sebelum saya terangkan akhirnya maksud "tidak menyerupai Allah akan segala sesuatu"
Itu pun bro punya member asyik memutar belit apa yg saya terangkan.
Dan member tersebut sebelumnya asyik hentam kata fikiran saya tak betul walaupun saya tak keluarkan apa2 statement lagi.
Tapi seperti yg saya bagitahu, saya tak layan bro sbg debat... kerana jika saya layan sebagai debat byk perkara boleh dihentam di sana. Tujuan saya tanya di atas adalah saje nak tahu adakah bro ingat apa yg saya ingat.
Tapi sebab bro pun tak sebut, saya andaikan bro lupa atau mmg tak tahu.
Ya, saudara benar, saya tak minat dengar ceramah UAI. dan reason dia dah saya bagi di post yg sebelum ni.
Seperti yg saya post sblm ni, imam abu hanifah juga mujtahid, imam malik pun mujtahid, imam ahmad pun mujtahid. Golongan yg saudara panggil wahabi tu hanya mengikut pendapat mujtahid yg terkuat (dalam satu2 masalah, bukan hanya taksub dgn satu mujtahid sahaja), berdasarkan hujah Al-Quran dan sunnah yg shahih. Juga saya sudah tulis dalam post sebelum ni
Wallahu a'lam
Maksud saya kemukakan contoh tersebut adalah kerana bro bertanya tentang maksud di sebalik pernyataan "wahabi vs sufi" atau "akal semata2 vs akal+hati(rohani)" dengan memberikan contoh Imam Shafie.
Saya pun sebenarnya tak suka cakap 'wahabi' ni sebab saya kadang kena cop wahabi juga oleh orang tertentu. Tapi memandangkan perkataan wahabi telah digunakan secara meluas... jadi saya anggap saya gunakan 'wahabi' sebagai istilah utk memudahkan penerangan saja... bukan sbg cop utk menghentam.
Sebab bro pun tak sentuh blk "Wahabi vs sufi"... saya andaikan bro telah faham maksudnya. Sufi tu sebutan dalam bahasa inggeris saja. Dalam arab Tasawwuf. Dalam hadis dirujuk subjek tu sbg Ihsan.
“man tafaqqaha bila tasawwufin tafassaqa, man tasawwafa bila tafaqquhin tazandaqa.”
Fiqh tanpa tasawwuf akan berakhir kefasikan, tasawuf tanpa fiqh akan berakhir kekufuran.
Saya bagitahu dalam pos sebelum, wahabi hanya ikut perkataan zahir dalam kitab fiqh Imam Mazhab tetapi tak nak ambil tahu bagaimana dari segi amalan dan kerohanian Imam Mazhab... sambil dalam masa yg sama kata semua sufi adalah sesat... kemudian berkata kami telah ikut jejak langkah salafi. Apa yg saya fikir terlalu janggal apa yg disebutkan oleh wahabi. Kerana perkara yg membina agama tu adalah iktikad kepercayaannya (Usuluddin, dalam hadis Iman), perbuatan zahirnya (Fiqh, dalam hadis Islam) dan perbuatan batinnya (Tasawwuf, dalam hadis Ihsan).
Ya saya faham kadang orang cerita telampau advance, hingga orang tak dapat catch up... dan mmg pun tak wajib percaya melainkan orang yg dah sampai tahap tersebut kerana org itu saja yg faham apa yg tengah dicakapkannya. Akan tetapi asas tasawwuf bukan sesuatu yg optional boleh pilih atau tak pilih... sebenarnya jika ikut hadis Iman, Islam dan Ihsan, asas tasawwuf adalah wajib. Tasawwuf (sufi dalam bahasa inggerisnya) adalah istilah yg digunakan dalam aliran ilmu utk menerangkan 'Ihsan'. Dan saya terangkan dalam post sebelum, part ini tidak dapat dicapai atau difahami secara realiti (dalam bahasa lain... Hakikat) dengan cara berfikir dan membaca... melainkan beramal hingga rohani jadi bersih.
Last edited: