Tak tahu saya nak jawab macam mana... saya banyak juga berbincang dengan mereka yang menyokong pro ulama Arab Saudi (yang mana ingin saya jelaskan disini saya sama sekali tidak pula menentang... saya lebih suka kedua-dua aliran baik sufi mahupun Wahabi berdamai dan hidup dengan aman berbanding sufi serang wahabi dan wahabi serang sufi).
Jadi saya dapati point ini tidaklah sama sekali diterima tapi saya fikir-fikir mungkin ada juga faedahnya saya ceritakan sedikit.
Perihal memuja kubur itu. Saya perkirakan apa yang terjadi sebenarnya bukanlah memuja tetapi lebih kepada bertawassul. Cuma disini ada khilaf yang kalau kita bincang pun takkan selesai, iaitu ada pihak yang menyatakan tawassul kepada yang sudah mati adalah tidak boleh.
Bagaimana pun dari konteks sufi tasawuf, "wali Allah itu tidak mati bahkan mereka hidp disisi-Nya.."
Jadi tersebutlah kisah seorang hamba Allah ini.. mengikut guru mursyid tasawufnya ke Kelantan. Dalam rangka lawatanlah. Kemudian mereka telah menziarahi ke kuburan salah seorang wali agung disitu. Dan kemudian berzikir dan membaca al-Quran sikit-sikit (yang mana ini adalah perbuatan yang ditentang sekitar 1800-an dahulu itu).
Jadi pada saat ini orang lain ada juga tapi tak nampak apa-apa... nampak baca Al-Quran dan zikir sajalah. Tapi hamba Allah ini... terbuka.. ternampak jelas. Satu cahaya turun dari langit, dan seketika itu dia nampak jelas guru tasawuf dia berpelukan dan bersalaman dan berbincang dalam bahasa arab dengan seorang lelaki yang tampak hebat muncul dari cahaya yang turun betul-betul atas kuburan itu.
Berbincang-bincang berpelukan kemudian hilang. Pandangan tu hilang... kembali pada bacaan zikir dan al-Quran. Dia nampak guru dia tu duduk molek jer.
Habis zikir dia tanya guru dia.. guru dia senyum saja.
Ini bukaan hamba Allah itu lah. Untunglah dia. Mungkin ada orang nak kata itu jazbah jin, tapi semenjak kejadian itu alhamdulillah hamba Allah itu semakin bagus. Kena maki dengan Ketua Jabatan pun dia senyum saja. Dahulu bukan main melenting merata kalau kena marah.
Jadi wali Allah ini 'hidup'. Sufi bertawassul.. kadangkala berziarah saja.. tak ada sama sekali niat nak menuhankan wali-wali itu.

Tindakan Jabatan Agama saya lihat lebih kepada menjauhkan fitnah. Ini pernah saya bincangkan dengan orang-orang berkaitan Jabatan itu.
=====
Mungkin ada analisis yang tuan dah sedia buat tentang perkara ini.
Cuma saya suka menerangkan perkara yang tuan sudah sedia maklum... lawatan sufi-sufi ini ke kuburan bukanlah menyanjung memuja kuburan itu.

Tapi saya tak kata apalah kalau Tuan tak boleh terima perkara ini. Sebab perkara ini memang kita semua maklumi tidak boleh dijadikan hujjah pun.
*Cerita kisah diatas itu... bukan kisah atas orang by the way...

ambil buat apa-apa yang bersesuaian. Tujuan saya buka cerita disini... adalah supaya kita berhati-hati dalam menjatuhi hukum terus kepada sufi-sufi.
Bagaimana pun memang banyak sufi sesat. Saya pernah mengikuti dengan tujuan mempelajari selok belok mereka (sama macam saya ikut aliran wahabi ketika di Jitra dulu.. sebab sama macam tuan.. pada saya kalau kita nak faham sesuatu aliran itu lebih baik kita ikuti pengajiannya terus berbanding terus menjatuhi hukum. Jadi disini saya hormat tuan kerana tuan sendiri dah belajar ilmu-ilmu berkait tasawuf juga sebelum ini

).
Saya dah pernah jumpa sufi sesat yang tak solat sebab mereka hanya ambil hakikat dan buang syariat. Ada juga yang menghalalkan apa yang haram yakni arak.
Wallahu'alam.
Mudah-mudahan kita ni semua aman damai sajalah... betul tak tuan gjoykamitake? Sekian lama aman di CG ni hal-hal sufi vs wahabi... dulu tahun 2010 dah penat panas debat perkara ini... saya harap kita bolehlah damai balik seperti sebelum ini. Yang mana benar nyata sesat itu kita uruskan. Hal khilaf ni mungkin lebih baik damai saja.
Imam2 di Mekah pun bagus2 juga... saya pun ikut mereka. Tapi mursyid pun bagus juga.. saya ikut juga. Dr. Asri pun bagus... saya ikut juga. Cuma ada masalah sikit dengan emjayb dan Rasul Dahri.. tapi yang lain2 yg wahabi selagi kita masing-masing (baik sufi mahupun wahabi) tak radikal insya'Allah tak ada apa.