1. Siapa ulama' yg iktiraf?
- Wallahualam. Kena tanya org alim.
2. Siapa ulama aswj yg iktiraf konsep tauhid 3 (uluhiyah, rububiyah & asma wa sifat)?
- Wallahualam. Ada ulama' ASWJ yg iktiraf ke? Nyatakan.
3. adakah allah cuma ada 20 sifat?
- Bismillah. Tidak. Zat Allah swt tidak tersusun tidak terbilang. Adapun sifat 20 ini wajib diketahui bagi setiap mukalaf samaada atas kaul Imam Abu Hasan Ashaari/Abu Mansur Maturidi. Rujuk kitab Zahratul Murid. Berapa banyak? Wallahualam.
4. adakah sifat2 ini dinyatakan sendiri oleh allah dlm quran dan hadis2 sahih dari nabi s.a.w?
- Alhamdulillah. Ada dalam Al-quran. Sila rujuk Kitab Zahratul Murid/Risalah Tauhid/Bakuratul Amani dan banyak lagi. Ini kitab kecil. Seeloknya,talaqqi dgn guru. Buku Sifat yg 20 yg kecik itupun ada dalilnya. Wallahualam.
5. kenapa kau tolak kaedah memahami tauhid melalui konsep 3 serangkai tu? konsep ni diterimapakai dan dijadikan silibus oleh semua universiti2 islam sedunia. dlm buku teks pend. agama islam sekolah kt malaysia pun ada.
- Tolak kerana mengatakan bahawa orang musyrik ada tauhid. Sila tengok video yg saya bagi. Tak mungkin org kafir ada tauhid lepas tu sembah berhala. Macam mana ni? Sepatutnya,uluhiyah dan rububiah itu sekali. Maknanya,dah mengaku Allah swt itu Esa,kena ikutlah syariat.
Kena ubah sistem. Nak jelas lagi,berguru. Wallahualam.
6.Berbeza dgn tauhid sifat 20 yg hanya dikenali bila seseorg tu mendalami aliran fikiran assyairah/maturidiah.
- Maksudnya?
7. dan peristiwa taubat beliau itu ada direkodkan di dalam al-bidayah wan nihayah oleh imam ibnu katsir, pengarang kitab tafsir yang terkenal, Tafsir Al-Quran Al-Azim atau lebih dikenali Tafsir Ibnu Katsir.
juga direkodkan di dalam tarikh baghdad oleh khatib al-baghdadiy, malahan penulisan imam abu hasan rahimahullah selepas taubatnya beliau juga masih boleh kita temui sekarang, iaitu maqalah al-islamiyyiin dan juga al-ibaanah
- Maksudnya? Sifat 20 ini aliran Muktazilah? Sahihkan berita anda. Banyak fitnah terhadap Imam Abu Hasan Ashaari. Adapun kisah beliau bertaubat itu betul kerana Muktazilah banyak menyeleweng.
-------------------------
1. Nyatakan kenapa anda menolak sifat 20? Sedangkan ada dalil dalam Alquran.
2. Daripada mana datangnya tauhid 3 serangkai ini? Ada dalil Al-quran?
3. Peace!
Sifat 20 ini diambil daripada Al-quran.
p/s: Saya bukan ahli/masih belajar. Selebihnya daripada itu,bergurulah. Apa yg saya tahu,itulah. Yg saya tak tahu,wallahualam. Kalau salah,betulkan.