BTC USD 86,414.4 Gold USD 4,135.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mod: Tolong delete thread ini

Sapa yang letak syarat2 arah, sudut dan persentuhan tu?

Kenapa nak letak syarat2 tu pada Allah SWT?

Kamu sendiri yang menyamakan sifat2 Allah dengan makhluk ciptaanNYA. Sedangkan Allah SWT bebas dari perkaitan dan syarat2 dari mahklukNYA.

setuju :)cgrock
 
Bismillah.

Begini saudara.

Betul tu perkataan istawa itu bersemayam@ duduk. Namun ia bukanlah maksud sebenar. Bukan bermakna Allah swt itu duduk di atas arasy. Dalilnya, Allah swt tidak bertempat.

Perkataan duduk itu pun dah menunjukkan baharu.

Kita tak soal aqidah/iktikad TG Nik Aziz sebab dia ulama',orang alim.. Cumanya, perkataan yg dikeluarkan beliau itu syubhah. Masyarakat jadi keliru. Kena faham sini. Tok Guru pondok pun dah lama tau semua ni..

Ringkasnya di bawah.

217824_458321150864895_575317507_n.jpg

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=CMK8iYRnFWQ#at=16

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=b7a5yfsUHwQ

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=GVRoRluWQWo

Buku yg saudara jadikan sebagai rujukan tu memang menghentam wahabi (baca: salafi). Jadi tak heran kalo ia tulis camtu :D.

Tentang salaf tidak mengetahui erti sebenar, itu adalah dusta. Sebab salaf tahu erti sebenar perkataan tersebut. Cuma, salaf tidak bertanyakan kaifiyat sifat tersebut. Salaf juga tidak memalingkan maksud sebenar ke maksud yg lain (istawa kepada istaula).... Mana mungkin salaf tidak mengetahui erti sebenar perkataan tersebut, sebab Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab yg mudah difahami, dan Nabi SAW telah menunaikan tanggungjawab baginda sebagai penerang kepada Al-Quran. Kalo ada perkara dalam Al-Quran yg tidak difahami, maknanya Nabi SAW tidak menunaikan tanggungjawab baginda sebagai penerang kepada Al-Quran. Blh rosak akidah kalo beriktikad camtu. Diulangi: Salaf tahu erti sebenar perkataan tersebut, tapi salaf tidak tahu kaifiat sifat tersebut.

Anyhow, apa dalil Allah tidak bertempat? Please bagi dalil Al-Quran dan hadis shahih, bukannya sekadar sifat 20 je.
 
Dalil2 Allah SWT yang Mulia Istiwa di ArshNYA

1. Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
[al-Hadid : 4]

2. Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?
[As-Sajdah :4]

3. Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya.
[al-Furqon:59]

4. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
[Toha:5]

5. Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).
[Ar-ra'd:2]

6. Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu - setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?
[Yunus:3]

Allah SWT, Yang Maha Tinggi lagi Maha Agong, turunkan begitu banyak ayat menceritakan sendiri akan sifat2NYA, bahawa Allah SWT istiwa' atas ArashNYA yang Mulia.

DIA Istiwa' dengan caraNYA sendiri, sama sekali TIDAK SAMA dengan mahklukNYA.

Kita hambaNYA menerima akan perkhabaran ini tanpa mengubah maknanya, menggambarkanya (seperi mahkluk), menafikan sifat ini dan menyamakan sifat ini dengan makhlukNYA

Dalilnya

Tiada sesuatu yg menyerupai Allah

dan

Dia ada sedang segala sesuatu tidak ada <--- bahasa Hakikat
Dia ada "sebelum" adanya segala sesuatu <--- bahasa Zahir yakni "sebelum" tidak tertakluk pada Allah kerana masa juga termasuk yg dikatakan sebagai "segala sesuatu" yakni ciptaanNya.

Tempat atau ruang juga adalah termasuk "segala sesuatu" yakni ciptaanNya.

Kerana Dialah yg menciptakan segala sesuatu.

panjang nak diterangkan...

cukup dululah

Actually, Arsy adalah makhluk Allah yg paling besar dan paling tinggi. Segala makhluk yg lain adalah berada di bawah Arsy (bumi, langit, syurga, neraka, dan lain2). Dalilnya:

2. Dalil Al-Arsy adalah makhluq Allah yang tertinggi dan berbentuk kubah.
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

إِذَا سَأَلْتُمُ الله فَاسْأَلُوْهُ اْلفِرْدَوْسَ فَإِنَّهُ وَسَطُ اْلجَنَّةِ وَ أَعْلاهَا وَفَوْقَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ وَمِنْهُ تَفْجُرُ أَنْهَارُ الْجَنَّةِ

Jika kalian meminta, mintalah Al-Firdaus, karena dia adalah tengah-tengah syurga dan yang paling tinggi dan diatasnya adalah Arsy Allah, dan darinya terpancar sungai-sungai syurga. [15]

Berkata Abu Abdillah Muhammad bin Abdillah bin Abi Zamaniin dalam kitabnya Ushulus Sunnah : Dan dari pendapat Ahlus Sunnah adalah Allah telah menciptakan Al-Arsy dan mengkhususkannya dengan berada diatas dan ketinggian diatas semua makhluqNya…[16]

Dan berkata Ibnu Taimiyah : Adapun Al-Arsy maka dia berupa kubah sebagimana diriwayatkan dalam As-Sunan karya Abu Daud dari jalan periwayatan Jubair bin Muth’im, dia berkata : Telah datang menemui Rasulullah seorang A’rab dan berkata : Wahai Rasululloh jiwa-jiwa telah susah dan keluarga telah kelaparan- dan beliau menyebut hadits- sampai berkata Rasulullah :

إِنَّ الله عَلَى عَرْشِهِ وَ إِنَّ عَرْشَهُ عَلَى سَمَوَاتِهِ وَ أَرْضِهِ كَهَكَذَا وَ قَالَ بِأَصَابِعِهِ مِثْلَ اْلقُبَّةِ

Sesungguhnya Allah diatas ArsyNya dan ArsyNya diatas langit-langit dan bumi, seperti begini dan memberikan isyarat dengan jari-jemarinya seperti kubah. [17]

Dan tentang ketinggiannya Rasulullah Shallalahu 'alaihi wa sallam bersabda :

إِذَا سَأَلْتُمُ الله فَاسْأَلُوْهُ اْلفِرْدَوْسَ فَإِنَّهُ وَسَطُ اْلجَنَّةِ وَ أَعْلاهَا وَفَوْقَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ وَمِنْهُ تَفْجُرُ أَنْهَارُ الْجَنَّةِ

Jka kalian meminta, mintalah Al-Firdaus, karena dia syurga yang paling utama dan yang paling tinggi dan diatasnya adalah Arsy Allah, dan darinya terpancar sungai-sungai syurga.[18]

Dan jelaslah dengan hadits-hadits ini bahwa Al-Arsy adalah makhluq yang paling tinggi dan dia seperti kubah…[19]

Footnote:
[15]. HSR Bukhori dalam shohihnya kitab Tauhid bab wa kaana Arsyuhu Ala Alma’ lihat fathul Bari 13/404.
[16]. Hal. ***.
[17]. HSR Ibnu Abi Ashim dalam Assunnah 1/252
[18]. HSR Bukhori dalam shohihnya kitab Tauhid bab wa kaana Arsyuhu Ala Alma’ lihat fathul Bari 13/404.
[19]. Al-Fatawa 5/151.

http://almanhaj.or.id/content/3021/slash/0/aqidah-ahlus-sunnah-seputar-arsy/

Kerana Arsy adalah makhluk paling besar dan menutupi segala makhluk2 yg lain, ini bermakna "tempat dan ruang" juga berada di bawah Arsy, sebab "tempat dan ruang" adalah makhluk Allah. Jadi, dalil aqli yg mengatakan Allah tidak istawa atas Arsy kerana "tempat dan ruang" adalah makhluk Allah, adalah invalid, sebab "tempat dan ruang" berada di bawah Arsy, bukan di atas Arsy. Dan Allah istawa di atas Arsy (berada tinggi di atas Arsy), tanpa melekat dengan Arsy.

Kalo ada dalil lain tentang Allah tidak bertempat ni (selain dalil "tempat dan ruang"), mohon share lagi.

Wallahu a'lam.
 
Yup, Allah SWT terpisah dari maklukNYA. Tidak bersentuhan, tidak melekat, tidak di dalam, tidak menempati ruang dan tempat.
 
Actually, Arsy adalah makhluk Allah yg paling besar dan paling tinggi. Segala makhluk yg lain adalah berada di bawah Arsy (bumi, langit, syurga, neraka, dan lain2). Dalilnya:

Kerana Arsy adalah makhluk paling besar dan menutupi segala makhluk2 yg lain, ini bermakna "tempat dan ruang" juga berada di bawah Arsy, sebab "tempat dan ruang" adalah makhluk Allah. Jadi, dalil aqli yg mengatakan Allah tidak istawa atas Arsy kerana "tempat dan ruang" adalah makhluk Allah, adalah invalid, sebab "tempat dan ruang" berada di bawah Arsy, bukan di atas Arsy. Dan Allah istawa di atas Arsy (berada tinggi di atas Arsy), tanpa melekat dengan Arsy.

Kalo ada dalil lain tentang Allah tidak bertempat ni (selain dalil "tempat dan ruang"), mohon share lagi.

Wallahu a'lam.

Saya tak dapat menilai bagaimana pemahaman bro tentang "di mana Allah" dalam post tersebut.

Adakah bro memahami Allah berada "di luar" Arsy? Jika ya... "luar" juga adalah ruang
 
Saya tak dapat menilai bagaimana pemahaman bro tentang "di mana Allah" dalam post tersebut.

Adakah bro memahami Allah berada "di luar" Arsy? Jika ya... "luar" juga adalah ruang

Pemahaman tuan yang bermasalah sebenarnya. Kenapa nak juga kaitkan sifat2 makhluk yang menempati ruang dan tempat dengan sifat2 Allah SWT?

Kamu sendiri yang beritahu yang tiada sesuatu yang sama dengan Allah SWT, tapi berulang-ulang kali nak kaitkan juga sifat2 Allah dengan makhlukNYA.

Sedangkan Allah SWT bebas dari terikat dari mana2 ruang, syarat,tempat seperti makhluk ciptaanNYA.
 
Saya tak dapat menilai bagaimana pemahaman bro tentang "di mana Allah" dalam post tersebut.

Adakah bro memahami Allah berada "di luar" Arsy? Jika ya... "luar" juga adalah ruang

Kan saya dah tulis tu, Arsy adalah makhluk Allah yg paling besar dan paling tinggi, dan "tempat dan ruang" berada di bawah Arsy (sebab "tempat dan ruang" adalah juga makhluk Allah) :D.
 
Back
Top
Log in Register