MKV hanyalah container...
seperti Rar atau Zip yang membolehkan beberapa fail di'ikat' jadi satu untuk memudahkan fail tersebut dipindahkan sebagai satu fail (dan mengekalkan struktur susunan fail & folder).
Di dalam fail MKV boleh ada beberapa fail video, audio, subtitle (srt, sub, dll.) serta fail-fail lain seperti gambar contohnya.
File video tu boleh jadi MPEG, AVI, DIVX, atau apa sahaja yang disokong oleh standard MKV.
jika ada download filem yang multipart (CD1, CD2...) anda boleh jadikan satu fail MKV jadi ianya akan dimainkan terus menerus tanpa perlu anda sentuh mouse untuk load fail seterusnya.
Ada software yang popular untuk compile/decompile fail MKV... ertinya untuk keluarkan fail-fail yang ada dalam MKV, atau memasukkan fail baru ke dalam MKV.
Setelah dikeluarkan baru diencode.
Jika bro mementingkan batch operation, saya cadangkan Xilisoft Video Converter Ultimate v6... sila cari di Filestube.com jika mahu yang sudah di crack.
jika pentingkan kualiti conversion, gunakan encoder yang dikeluarkan oleh badan pembuat teknologi encoding tu.
maksud saya, jika mahu encode ke Divx atau Xvid, gunakan encoder yang dikeluarkan oleh Divx itu sendiri. Selebihnya bergantung kepada setting yang betul.
kenapa mahu tukar dari MKV ke format lain?
Inilah format yang paling convenient... menyelesaikan banyak masalah sebenarnya.