BTC USD 83,324.8 Gold USD 4,127.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MJ palsu identiti

izack1981

Legendary Member
gem
Messages
10,374
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,374
Reaction score
61
Points
120
LOS ANGELES: Beban hutang ditanggung Raja Pop, Michael Jackson menyebabkan beliau menggunakan 20 nama berbeza untuk memohon pinjaman bank.

Michael didakwa menggunakan nama-nama lain, termasuk Presiden Mr Michael Jackson, Michael JJJ Christ-Jehovah, Michael J Jackson ChristJeh, Michael Jackson Jehovah dan Mike J Jackson kerana percaya mampu mengelak pengurusan bank daripada mengesan masalah hutang yang ditanggungnya.

Michael turut dilapor merubah nama pertamanya, termasuk Micheal dan Micheel.

Namun, usaha itu gagal dan dokumen permohonan 2007 mengesahkannya. Permohonan itu berkaitan dengan hartanah yang dimilikinya.

Michael yang mengumpul kekayaan daripada jualan album, termasuk Thriller dan HIStory didakwa berharap penggunaan nama atau gelaran akan menutup label berisiko tinggi yang diberikan terhadapnya oleh bank.

Raja Pop itu adalah seorang daripada dua peratus warga Amerika Syarikat (AS) yang memiliki rekod pinjaman paling buruk.

Kad kredit terakhirnya hanya dibenarkan pinjaman maksimum RM1,300 dan pengguna remaja AS dibenarkan menggunakan kadar lebih tinggi daripada itu.

Beliau juga gagal membayar bil telefon berjumlah RM89.

Warga AS dilarang menggunakan identiti palsu untuk memohon pinjaman.

“Tiada bank yang akan meminjamkan wang kepada Michael kerana beliau berhutang di merata tempat, termasuk cukai.

“Permohonan pinjamannya ditolak setiap kali menyebabkan beliau tersepit,” kata sumber kewangan.

Pakar pinjaman, Mike Sikorski dari Bank Florida Realty Network berkata: “Jika sabit kesalahan, pemalsu identiti boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan denda RM3.52 juta.”

Atas sebab itulah, Michael didakwa menandatangani kontrak mengadakan konsert di London dengan AEG dan beliau bakal memperoleh bayaran RM135.52 juta dan keuntungan tambahan RM1.1 bilion. - Agensi

P/S: Ingatkan kaya MJ ni, rupanya miskin gak dia yer...:D:D:D
 
dah takdirnya begitu...
tapi beliau dah jadi Arwah....
doakan agar beliau aman di sana.. amin...
 
itu kata mereka...
masa hidup xde plak nk minta utang....
 
aku rasa ni satu fitnah besar...
 
erm...
nmpak cam mewah je idup die...
 
Back
Top
Log in Register