ekceli, saya bukan melabel kamu, saya cuma memberi reaksi balas terhadap post kamu. lihat ayat kamu bebetul.
belum lagi kamu berusaha, tapi kamu sudah mengeluh kerana takut kepada HASIL yang akan kamu perolehi. itu sudah lumrah dalam perjuangan dakwah bila ada orang tidak mahu menerima dakwah kita. bahkan, kalau dibandingkan dengan Nabi yang dibaling batu oleh mereka yang tidak mahu mendengar dakwah baginda, kamu sekadar diignorekan sahaja oleh mereka yang tidak mahu menerima ajakan dakwah kamu.
USAHA adalah kerja kita, manakala HASIL adalah kerja Allah. Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia mahu. kamu sendiri cakap jangan samakan sifat kita dengan sifat Allah, maka kita tak perlu risau pun tentang HASIL. kita perlukan risaukan USAHA kita, sejauh mana USAHA kita terhadap agama Allah.
Firman Allah SWT :
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang padamu (cubaan dan ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (QS. Al-Baqarah:214),”
jadi, secara DEFAULTNYA, kerja DAKWAH adalah kerja sengsara dan malapetaka, diuji dengan pelbagai dugaan. bukan satu kerja yang senang-lenang, sekali cakap 100 orang akan ikut terus.
kesimpulannya, tak perlu risau pun jika mereka nak jadi batu, kayu atau tunggul. tak perlu risau pun mereka nak tolak dakwah kita mentah-mentah. itu semua ujian dan tanda kasih sayang Allah terhadap kita.
Sabda Rasulullah SAW :
"sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat" [HR Sahih Muttafaqun Alaihi]
so, jika kamu tahu sepotong ayat, sampaikanlah sepotong ayat. jika tahu 2 potong ayat, maka sampaikanlah 2 potong ayat. kita tak perlu ada ijazah dalam Tafsir ke, dalam Usuludin ke, Syariah ke..cukuplah dengan apa yang kita belajar dan kita sampaikan apa yang kita belajar.