BTC USD 60,856.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Misteri Masjid Ar Ridhwan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg



TASEK GELUGOR - "Sehingga hari ini, jika diingatkan kembali peristiwa itu, saya takkan sesekali mahu melupakannya," cerita jemaah Masjid Ar Ridhwan, Nyior Sebatang, mengenai peristiwa aneh yang dialaminya 10 tahun lalu di masjid lama tersebut.

Abd Ghaffar Awang, 47, berkata, peristiwa dialaminya bermula daripada beberapa kejadian yang menimpa jemaah tabligh yang datang menginap di dewan tersebut, di mana suatu ketika dahulu ia adalah tapak asal Masjid Ar Ridhwan sebelum bangunan baharu dibina bersebelahan.

“Masa itu sekitar jam 12 tengah malam. Selesai beriktikaf saya tidur di bahagian depan dewan itu.

“Tiba-tiba seperti ada sesuatu yang menepuk paha saya. Dalam keadaan sedar, saya bingkas bangun, Masya-ALLAH... hanya itu sahaja ungkapan yang mampu saya tuturkan, ruang dalam dewan itu dipenuhi cahaya indah yang sukar digambarkan.

“Ruang dewan menjadi terang benderang dengan cahaya. Saya bagaikan dipukau dan selang beberapa saat cahaya itu hilang," katanya.


Suara tangisan dalam dewan

Menurutnya yang juga penduduk asal di Nyior Sebatang, kejadian melihat cahaya itu berlaku selang beberapa hari selepas jemaah tabligh mendakwa mendengar suara seakan-akan tangisan ketika mereka tidur dalam dewan tersebut.

“Pada mulanya jemaah dari India, hari kedua mereka tidur dalam dewan mereka dengar tangisan. Kemudian tabligh dari Taiping juga mendengar suara sama ketika dalam dewan itu.

“Terdapat banyak tanggapan pada mulanya. Ada yang kata suara itu datang dari kubur bersebelahan dewan tapi semuanya sekadar tanggapan belaka.

“Selang beberapa minggu selepas kejadian itu, saya nekad tidur dalam dewan untuk dengar sendiri suara tangisan, tapi masa itu saya ditunjukkan dengan cahaya tersebut,” katanya.

Berbicara mengenai kisah dewan tersebut, Abd Ghaffar berkata, masjid lama dibina daripada kayu tapi disebabkan ia tidak dapat menampung bilangan jemaah yang kian bertambah, masjid lama tersebut dirobohkan dan seterusnya dibina sebuah dewan.

“Jemaah masjid tidak lagi menunaikan solat lima waktu di situ kerana berpindah ke masjid baharu yang siap dibina, jadi dewan itu hanya digunakan untuk aktiviti tertentu,” katanya.

Menurutnya, yakin dengan setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya, lantas dia mengambil keputusan berbincang mengenai perkara tersebut kepada jawatankuasa masjid.

“Biarpun ia sudah menjadi dewan, pihak masjid mengambil keputusan membahagikan solat lima waktu antara kedua masjid iaitu waktu Subuh, Maghrib dan Isyak di masjid baharu, manakala Zohor serta Asar pula di dewan.

"Alhamdulillah, hampir 10 tahun kejadian tersebut berlaku, suara tangisan tidak lagi berulang dan tiada kedengaran kisah itu daripada jemaah yang datang tidur di dewan, mungkin ada sesuatu yang mahu ditunjukkan oleh-Nya atau sekadar ingatan,” katanya.


Sering berlaku kejadian aneh

Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Ar Ridhwan, Ahmad Nawawi Othman, 61, berkata, sudah tiga kali tapak lama tersebut dibina masjid.

Menurutnya, dahulunya struktur masjid ini dibina berkonsepkan tradisional Melayu lama yang begitu indah tersergam.

“Kali terakhir adalah pembinaan dewan ini sebelum masjid baharu siap.

"Kalau nak diikutkan masjid ini antara masjid pertama yang wujud di Nyior Sebatang, sejak zaman British lagi beratus tahun lalu,” katanya.

Mengulas mengenai kejadian misteri di masjid lama tersebut, menurutnya, masjid ketiga yang dibina sering kali berlaku kejadian aneh.

“Kalau nak cerita bab kejadian aneh ini, saya sendiri pernah mengalaminya ketika berusia belasan tahun.

“Masa itu saya terlelap di bahagian salah satu tiang dalam masjid tersebut selepas berbual dengan rakan. Sedar-sedar esok paginya saya ada berhampiran tanah perkuburan di situ.

"Kejadian itu masih saya ingat hingga ke hari ini walaupun ia berlaku hampir puluhan tahun lalu,” katanya.


Masjid penyatu ummah

Berperanan sebagai institusi menyatupadukan ummah sekitarnya, Masjid Ar Ridhwan dipenuhi dengan pelbagai program, baik daripada segi pengisian kuliahnya dan juga aktiviti sepanjang Ramadan.

Ahmad Nawawi berkata, pelbagai aktiviti dilaksanakan disertai pelbagai lapisan masyarakat Islam, di sini.

“Menjadi antara keistimewaan di sini, kami akan bergotong royong memasak jika ada sesuatu majlis, masa itu semua ada, baik yang tua atau pun muda, memang meriah.

“Saya harap masjid ini akan kekal menjadi institusi yang bukan sahaja berperanan sebagai pusat ibadah, namun sebagai medium yang penuh dengan pelbagai aktiviti untuk disertai semua anak kariah di sini,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/misteri-masjid-ar-ridhwan-1.417434
 
Back
Top
Log in Register