BTC USD 63,476.2 Gold USD 4,482.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Misteri jenazah Jacko

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
LOS ANGELES - Beberapa akhbar dan laman web hiburan semalam menyiarkan spekulasi berhubung lokasi jenazah Raja Pop, Michael Jackson dikebumikan selepas majlis penghormatan terakhir diadakan di Pusat Staples di sini.

Kebanyakan pihak percaya, mayat Michael yang mesra dengan panggilan Jacko dibawa ke sebuah lokasi rahsia.

Beberapa pihak lagi berpendapat mayat penyanyi itu sudah dikebumikan awal sebelum majlis penghormatan diadakan di Pusat Staples kelmarin.

Mereka yang beranggapan sedemikian percaya keranda keemasan di pusat itu tidak mengandungi mayat Jacko.

Keranda yang mengandungi mayat Jacko dilihat tidak dihantar semula ke tanah perkuburan Forest Lawn iaitu tempat asal jenazah itu disimpan buat sementara.

Laman web TMZ.com melaporkan bahawa tanah perkuburan Forest Lawn cuma merupakan tempat simpanan sementara jenazah Jacko.

Menurut laman web itu, pihaknya diberitahu bahawa Jacko tidak akan dikebumikan di Forest Lawn.

Laman web itu turut mengambil inisiatif dengan menghubungi pihak pengurusan beberapa tanah perkuburan di sini tetapi gagal menemui maklumat berhubung lokasi pengebumiannya.

Jacko meninggal dunia pada 25 Jun lalu di rumah sewanya di sini selepas degupan jantungnya terhenti ketika berumur 50 tahun.

- Agensi
 
Kononnya kematian ini direka untuk elak bayar utang.#:-S
 
kalau dah islam..mana leh simpan mayat lama2..kena kebumikan terus...
 
blh pulak main reka2. kalo semadi cara Islam syukur la. penting yg tu.
 
macam2 hal la.....
 
aduh..
buleh nak main2 plak.. kan da kuarkan otak die
 
klu betul dia islam dan abangnya yang islam tuh bertanggungjawab demi agama islam aku rasa jenazah dia memang telah dikebumikan lebih awal mengikut syariat islam....
 
Kononnya kematian ini direka untuk elak bayar utang.#:-S

kematian direka??
hehe..bole jadi gak..
tapi aku rasa mmg meninggal dah pon..
 
Back
Top
Log in Register