BTC USD 82,572.8 Gold USD 4,133.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Misteri hamba allah bersama RM1

david.cronenberg

Active+ Member
gem
Messages
3,763
Joined
Nov 14, 2011
Messages
3,763
Reaction score
27
Points
371
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Baru-baru ni sempat solat jumaat di kampung halamanku. Siap solat Jumaat, tolong abah kira duit tabung jumaat. Terjumpa duit RM10 digulung dalam duit RM1.

Aku berseloroh : "Ada juga jenis balut macam ni".

Abah kata : "Tiap-tipa minggu wajib ada dia ni. RM11 = duit RM10 mesti dia gulung dgn duit RM1. Duit RM1 tu je kalau orang ternampak pun. Padahal tersembunyi RM10 kat dalam".

Aku terfikir..mungkin penderma ni cuba elak agar diri tak merasa riak.

“Maka celakalah (azab) bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak.” Al-Maun : 4-6
.
.
954836_478906528863426_1924863511_n.jpg



https://www.facebook.com/photo.php?...54037246.59514.225747240846024&type=1&theater
 
Nak elak agar tak merasa riak... Kalau di takdirkan saya menjadi kaya, saya juga akan buat perkara yang sama...
 
aku gulung gak rm1 tapi takde rm10 kat dalam..:))
 
aku pun bila time tabung masjid lalu depan....cuba pusatkan di hati keikhlasann...tp macamada satu bisikan (syaitan) kot semacam perasaan riak..terutama bila masukkan not yg besar2..

nak dapatkan keikhlasan ni mmg kena betul2 ...
 
salah satu sebab kenapa aku jarang masukkan duit kat tabung masjid. Kan ada ramai orang, aku takut timbul perasaan riak tu :(
 
Back
Top
Log in Register