Cinta mmg best, macam2 ada, gembira,suka,duka,sedih,semangat,khayal,stim,sakit,susah,senang,malu,x malu,gila,waras,marah,sayang...mmg misteri...itulah apa yg ku alami...Yang penting,cinta dengan ikhlas,terima seadanya,jadikan cinta itu mendekatkan diri kita dengan Allah...kalau x,jgn bercinta...Pikir-pikirkanlah... :x
Ada pemuja romantika bermula mainan imaginasinya
menyembah teori cinta butanya
lalu dipersembah bukti cinta pada mata dunia
Ada citra mata pena sang shakespeare sudah di kala senja
tintanya merekod cinta
yang disanjung sang pengangung cinta buta
mereka masih lagi hening subuh usianya
Ada pencetus ceriteranya
di atas panggung anak melayu
lalu diberanakkan si rumi dan juli
diadaptasi dalam adab melayu
Laila dan Majnun dijadi simbol klasik tangisan buta
Menyalurlah teori cinta buta
Antara Dua Darjat seniman agung
cinta buta memangkas tiang darjat
membina titian pelangi pada batasan sungai pangkat
cinta buta merentas sempadan
Hebohlah kebutaan cinta sabariah kerana tiupan saksofon
hanya dari telinga sudah turun ke hati
tapi sudah melahir cinta dengan melodi
Berakhirlah ceriteranya si kassim sudah tidak selamat
membuta akibat cinta buta
Hikayat sejarahwan antara riuh jadi bahan
bicaralah senegeri rakyat jelata:
"tidakkah puteri dari cina makan hati bertuankan sultan dijulang,
sedang hatinya bermilikkan laksamana gemilang?
Sedang pula hati laksamana berkepunyaan si dayang.."
Butanya cinta...
Nurani ini tidak faham..
kerana buta pada cinta buta..
Hanya jelas yang disanjung saja pada setianya si isteri
walau sekadar hantaran dan jadi jambatan kemahsyuran dua negeri.