BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Misi mencari Pak Manan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Baharuddin (berdiri, kanan) menunjukkan baju Manan yang ditemui di kebun pisang penduduk berhampiran Jalan Loji Air Chin Chin, semalam.

image.jpg

Penduduk kampung turut menggunakan motosikal bagi mencari Manan yang hilang sejak tiga hari lalu.


MERLIMAU - Lebih 35 penduduk Kampung Chin Chin, di sini, semalam menyertai gerakan mencari seorang warga emas yang hilang sejak tiga hari lalu dengan bantuan polisdan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) .

Sidang Chin Chin, Baharuddin Budin, 48, berkata, kehilangan Manan Jasik, 65, hanya disedari jirannya yang curiga apabila mangsa tidak pulang ke rumah biarpun sudah lewat malam sejak Rabu lalu.

Katanya, bermula dari detik itu, beberapa penduduk kampung bekerjasama mencari Manan di beberapa lokasi, namun gagal menemunya.

Menurut Baharuddin, ini kali pertama warga emas yang pernah dihantar ke Rumah Orang Tua Sungai Rambai itu hilang dalam tempoh lama dan membimbangkan jiran juga penduduk setempat.

“Kali terakhir ada penduduk berjumpa dia berdekatan Sungai Chin Chin Rabu lalu lebih kurang jam 7 petang. Ingatkan dia terus pulang ke rumah, rupanya tidak.

“Warga emas ini pernah dihantar ke rumah orang tua, namun dia lari dan dia juga dipercayai mengalami masalah mental. Bagaimanapun kita berharap dia ditemui dalam keadaan selamat,” katanya.

Jelas Baharuddin, disebabkan gagal menemui mangsa, pihaknya kemudian meminta pertolongan pihak polis dan JPAM untuk mencari di kawasan persisiran sungai termasuk di dalam hutan.

Menurutnya, walaupun warga emas itu tinggal bersendirian, namun jiran tetangga dan penduduk kampung bersimpati dengan nasibnya yang hidup sebatang kara serta dipinggir keluarga.

“Setakat ini lebih tiga jam operasi, kita hanya berjaya menemui baju mangsa di kebun pisang termasuk wang tunai RM10.30 dan pemotong kuku, namun operasi mencari diteruskan,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register