MINYAK PELINCIR JENAMA POLYTRON :
Polytron adalah merupakan jenama satu bahan pelincir yang telah dihasilkan berasaskan teknologi kejuruteraan molekul yang terkini dalam usaha melahirkan satu produk pelincir yang bermutu tinggi. Secara saintifiknya, bahan pelincir Polytron mampu untuk membentuk satu “ikatan” dengan permukaan logam (dikenali sebagai proses rawatan logam) dan tindak balas yang terhasil ini akan menjadi lebih kuat apabila dua permukaan logam bergeseran antara satu sama lain menghasilkan haba yang berlebihan. Kebanyakannya, teknologi pelincir konvensional tidak memfokus kepada konsep “ikatan kepada logam”, dan ini menyebabkan bahan pelincir akan berlalu pergi begitu sahaja dan ini akan memberi kesan yang negatif, di mana 2 permukaan logam tersebut akan terdedah untuk bergeser antara satu sama lain dan ini akan menyebabkan kehausan pada permukaan logam tersebut dan kenaikan suhu yang mendadak pada keseluruhan system tersebut.
Secara dasarnya, molekul bahan pelincir Polytron ini akan ke kawasan target/sasaran untuk berfungsi secara keseluruhan dan akan membentuk satu lapisan pelincir rawatan untuk mengurangkan lagi kadar geseran dan ini mampu untuk menjaga (bertindak sebagai “Protection”) setiap bahagian logam walaupun di bawah kondisi yang melampau.
Produk Polytron ini sentiasa dinaik taraf (upgrade) dari semasa ke semasa di bawah jabatan kajian & pembangunan yang mengguna pakai khidmat golongan professional termasuklah saintis daripada U.S.A, Canada dan England. Jika diperhalusi di peringkat antarabangsa, pengguna yang telah mencuba dan menggunakan produk ini telah terbukti mampu untuk berjimat sehingga ratusan ribu dollar U.S rentetan daripada keberkesanannya dan kebolehmampuan produk Polytron ini.