BTC USD 85,857.3 Gold USD 4,150.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Minuman Caca-Marba

wanzex

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,552
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,552
Reaction score
1,107
Points
191
myMetro » Setempat
Minuman herba ‘caca-marba’
Oleh Zulfa Mohamad

Dua beranak cipta formula sendiri guna label syarikat lain ditahan

BUKIT MERTAJAM: Dua beranak berusia 50-an dan 20-an dipercayai mencipta formula menggunakan bahan 'caca-marba' termasuk karamel iaitu sejenis bahan dalam kicap untuk menghasilkan minuman kesihatan menggunakan perihal dagangan syarikat lain.

Peniaga terbabit menghasilkan minuman kesihatan berasaskan Tongkat Ali dan pati ikan haruan, tetapi siasatan mendapati bahan herba yang digunakan diimport dari China serta tiada seekor ikan haruan pun ditemui.

Antara jenama minuman kesihatan yang ditemui Air Haruan Ajaib, Air Lemuju, Jelly Gamat, Air Jamu Asli, Tonik Warisan Banjar, Air Ikan Haruan, Air Tongkat Ali dan Air Herba dengan pasarannya sekitar kawasan Utara.

Semua produk itu menggunakan alamat berbeza iaitu di Kangar, Perlis; Langkawi, Kedah; Kuching, Sarawak dan Gua Musang, Kelantan serta dijual RM12 sebotol.

Apa komen anda!!!
 
nama produk pon dah caca marba.mmg patut la..:))
 
Ni nak tiru P.Ramlee dalam citer do re mi tu kot cipta obat sendiri :))
 
Ni nak tiru P.Ramlee dalam citer do re mi tu kot cipta obat sendiri :))

Btul la tu beb...
Kicap nak bg nampak hitam sikit agaknye... he..he..he.. :D
Badigol tul la dia org ni...
Duit punya psl smpai tak fikir risiko kat org lain... :p
 
Tukar nama lain la...minuman herba AUTA

tergamak meke cari rezeki cenggitu.
semuanya karena uang. rajalah tu bg meke.
org2 begini humban saja ke dalam laut
jd makanan jerung n pirana.
baru taw !!! ~X(
 
Back
Top
Log in Register